jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Saturday, July 31, 2010

salam petang sabtu.....

salam petang sabtu..
erm dah lama rasanya aku tak update,blogwalking korang..
aku benar2 minta maaf kerana sekarang aku sibuk ckit...
sebenarnya banyak benda nya aku nak update
tapi bila dh sign in
terasa cam tak reti nk cerita plak..
tgok laa nnti keadaan benar2 free...
okey..
sedikit tatapan buat korang yee..
hehehe...
sesiapa peminat legging sila cuci2 mata yee;)
kalau berkenan boleh order di ruangan komen...
pandai2 laa aku cari korang...
selagi ada jejak yee;)

size:90 = 12-18M

PRICE:RM15.00


size:95 = 18-30M

PRICE:RM 15.00
sold out !!


size:90 = 12-18M

PRICE::RM 15.00



size:90 = 12-18M

PRICE:RM 15.00



1 set(CARTER'S)
size:24 month
price:rm 39.00
now only!!!!RM 35.00

pre order for raya..!!!!


BRAND: Ralph Lauren
COLUR: Purple Polkadot

-cotton double layer baby dress

SIZE:9month
12month
18month~riena~

24month~mai~

PRICE:RM39.00


royak v~sorry kawan2 aku tayang pic kat sini..bg aku yg mula bertapak dlm dunia perniagaan di sini slh stu tempat aku kena promosi..harap korang faham ye.. korang semua kekuatan aku sbagai permulaan tuk terus maju...
sesiapa sudi boleh laa follow n link sekali kedai on9 aku....
aku tak paksa tetapi aku hargai sgt2 korang semua...


ada masa sudi2 laa singgah yee...



Friday, July 30, 2010

RALPH LAUREN DRESS PRE-ORDER....sape nak beli tuk raya?

RALPH LAUREN DRESS PRE-ORDER RAYA
sesiapa berminat dan belum memiliki baju raya tuk si kcl sila jln2 cuci mta



BRAND:9145 Ralph Lauren
COLOUR: colorful polkadot
-cotton double layer baby dress
SIZE:(9m,12m,18m,24month.

BRAND: Ralph Lauren
COLOUR: Purple Polkadot
-cotton double layer baby dress
SIZE:9m,12m,18m,24month.

Price:RM 39.00

makluman kepada kekawan..
sesiapa nak order sila sms my phone:014-5204272
atau email :me_mimiey82@yahoo.com
baju2 ni adalah untuk pre-order raya..
sebarang pertanyaan sila kemukakan diruangan komen..
terima kasih...


Thursday, July 29, 2010

Perasmian my luvly kids&baby collection

sticky mode entry
sila scroll kebwh untuk new n3


Salam pagi buat semua..
alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi
akhirnya impianku untuk membuka sebuah perniagaan on line 
kini mula bertapak 
hari ni dengan rasminya aku mengistiharkan pembukaan" my luvly kids&baby collection"
hehehe
terdapat pelbagai jenis pakaian kids n baby branded di my luvly kids&baby collection..
insyaallah dari semasa ke semasa aku akan cuba mempamerkan pelbagai pakaian kanak2 ..
yang berjenama...

sedikit pameran dari kedai daku...





Brand:GAP
SIZE:100(2T-3T)
CODE:GAP 012


price:RM39.90

Brand:GAP
SIZE:110(4T-3T)
CODE:GAP 013

price:RM 39.90

Brand:GAP
SIZE:120(6T-7T)
CODE:GAP 014
P

Price:RM 39.90

Brand:GUESS
SIZE:5T
COLOUR:BLACK
CODE:GAP 015


Price:RM 33.00

Brand:GUESS
SIZE:4T
COLOUR:GREEN
COD:GUE O16


Price:RM 35.00

Brand:KENSI
SIZE:3T
COLOUR:WHITE
CODE:017


Price:RM 40.00

Brand:BABY GAP
SIZE:3T
COLOUR:BLUE
CODE:GAP 018



Price:RM 33.00

andai berminat sila datang ke "MY LUVLY KIDS&BABY COLLECTION"
Terdapat pelbagai jenis lagi pakaian baby,gurlz n boy...
kedatangan anda di alu-alukan..

jika ingin membuat pesanan ,hubungi daku...
EMAIL:me_mimiey82@yahoo.com
HUBUNGI ATAU SMS:014-5204272
ym:miemiey_slamzer
terima kasih...



Wednesday, July 28, 2010

air terjun sungai pandan

alahai...
pepagi lagi dah rasa tak berdaya
mengantuk pun ada...nak blogwalking pun mata ni rasa macam nak tertutup jee..;(
jawabnya sekejap lagik kena laa cari bantal...
hubby takde 2 hari ni cedappp ko curi tulang yee..
huhuhu..
erm..apa laa badan ni rasa semacam jee..

takde cite aku buat2 ada cite..
kisah ni dah lama..
 kalau hari minggu memg kami suka berkelah
mandi air terjun
dekat jee
lam setengh jam sampai laa..
air terjun sungai pandan jee..
kat pancing..
best sbb ada kolam..
senang anak2 nak mandi..
kalau kat celah2 batu tu sukar laa skit
daa laa nak panjat tgi2..

erm tak reti nak cite so pakat tgk je pic2...
ni je yg sempat ambil
pasal kemaruk sgt mandi berendam lam air bagaikan...
abih kembang semuanya..kahhhh..

aku yg dalam kekembangan lam kolam tu..hahaha....

ramainya...aku masa ni berenang kuak kupu2 dah...

bila dah sejuk sambung makan kali ke 2..

cutenya anak sepupu my hubby..si adik nak cenyum gak seposen kat belakang tu..


tu jee pic yg sempat ambik..
siot sungguh laa aku
maklum laa jurukamera yg tak berapa menjadi ni syok berendam lam air..

Tuesday, July 27, 2010

petua menjaga kesegaran kerang


salam pagi...
erm...
hari ni aku nak kongsi sedkit petua yee..
di antara korang sape yang gemar makn kerang???
angkat tgn..sape..sape..
ramai pun..hik..hik..
kerang enak dimakan bila direbus dan dibakar..
kalau aku laa mmg suka di rebus cicah sos cili..
layan 2 3 kilo..hahaha..
kerang sebenarnya baik untuk kesihatan kerana ia rendah lemak,rendah kandungan garam,tapi mengandungi protein yg tinggi dan kaya dgn asam lemak omega-3...
erm kat sini aku nak kongsi tip bagaimana untuk mengekalkan kesedapan dan khasiat kerang..
erm..korang jgn main redah jee...

bila korang nak beli kerang tak kiralah samaada kat pasar ke pasaraya ke...pilihlah kerang yg baunya tidak busuk dan tidak berlendir..ia dapat memastikan kesegarannya...senang je kan nak pilih..

haaa..sebelum nak masak kerang tu,pastikan korang sikat cengkerangnya satu persatu hingga hilang lumpur dan kotaran yg melekat padanya.Bilas sampai bersih dgn air mengalir.satu lg,cara mudah nak bersihkan kerang korang masukkan kerang ke dalam besen..sekali gus jee..jimat masa dan senang....kebanyakkan kita cuci cam tu je kan..

jika nak simpan kerang segar,bungkuskannya terlebih dahulu dlm plastik atau bekas kedap udara dan simpankan di dalam peti sejuk.Dengan ini,ia kan lebih than lama..korang mesti tau!!! kl bernasib baik korang boleh simpan sampai sebulan tau....ingat yee jgn palk korang simpan di dalam rendaman air kerana cpt busuk tau...

last...nak kurangkan bau hamis kerang,gunakan bahan2 yg mempunyai aroma tajam seperti lengkuas,serai dan daun limau untuk memasaknya...
tu jee tips aku nak bgi..hehehe...seng je ..aku rasa ramai judak yg dah tahu..tapi yg boleh simpan sampai sebulan aku rasa ramai yag tidak tahu..

Monday, July 26, 2010

malam nisfu sya'aban 26 julai 2010(isnin)

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.


Oleh  itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untukmenutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan  seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama  setahun diangkat ke langit dan diganti denganbuku catatan yang baru.
 


Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
    Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
 
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat  kepada Allah
ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada  Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di  dalam iman &  
    pohonlah segala yang baik dan munafaat.
 


Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x    
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah al-Ikhlas 1000x
 
4. Berpuasa pada siangnya)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
 


Antaranya yg termasyhur adalah:
1.     Malam Dimustajabkan Doa

2.     Malam Pembahagian Takdir

3.     Malam Rahmat

4.     Malam Berkat

5.     Malam Pengampunan (Taubat)

6.     Malam Penebusan

7.     Malam Syafaat

8.     Malam Penulisan

9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan

10.    Malam Rezeki

11.    Malam Hari Raya Para Malaikat

12.    Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof   d ida lam syurga.
 


2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
 : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang  meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. 

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersbt dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,

"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu drpda kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seprti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Capoiera Brazil Show di Teluk Cempedak

erm...salam pagi buat semua...
Setiap malam Ahad confirm dak kecik si Danish asyik haru aku dan abah 
pergi kat Telok Cempedak(TC)..
selalu jee dia kata nak pergi tengok orang patung a.k.a robert..
yg tu laa ayat dia selalu
apa laa istimewa sgt dgn org patung sampai tiap2 mggu nak pergi
kami pergi jugak sbb nak tengok kot2 ada malam ala kebudayaan tu..
biasa ada jee org ramai buat persembahan..
ada yg nyanyi ikut band..silat mata..macam2 ada..
pelik2 gak kadang2 tgk tapi terhibur..
kalau mlm minggu kat sini mmg parking jam laa..
jalan bagaikan..huh..


ini laa org patung a.k.a robert yg adik rindu tu...hehehe..
dia sebenarnya stay kat TC ni tau..ada khemah dia dihujung pokok kat sini...tu laa tempat tinggal robert ni..pelbagai aksi robert dia boleh buat..berdiri lama2 pun rilek jee..

erm..kebetulan malam tu ada pertunjukan capoiera...satu permainan dan seni mempertahankan diri yg penuh helah dari negara BRAZIL...best sgt dengar diorang nyanyi..walaupun tak faham tapi terhibur...tengok plak mereka beraksi ..mmg best..ye laa tradisi negara lain yang tak pernah kita tengokkan...
kanak2 pun ada juga...
try laa korang google Capoiera..lagi jelas korang boleh tengok..kalau malas layan jee video yg sempat aku rakam kat bawah...

mereka menyanyi diiringi dengan alat muzik yg pelik aku tgok...dan pertunjukan aksi mempertahankan diri capoiera...

kanak2 pun pandai pusing2 cam tu..agak kurang jelas kerana mereka sedang bergerak kan
time aku ambil gambar...kanak2 ni semuanya anak2 melayu..mgkin mak ayah diorg antar mereka belajar kelas capoeira..cuma pelatih dia je org brazil..tapi kebanyakkan ank melayu yg join tu pandai cakap Brazil..

berpusing2 bagaikan...

adik sedang syok tengok tu.."tengok laa balik nanti aku tiru nye"siap bawa bola tau nak maen tepi pantai...aku n hubby plak buat2 romantik laa malam tu..kakakka...

si abang bertenggek di tepi batu...

nak tau tak capoiera cam ane...???jom tengok video baru tau...
video

video

huh...lenguh nak tggu video yg paling best ni upload sbb 6 minit lambat sgt so cancel...huhuhu..yg tu plg best..layan jee yg ada kat atas ok...

Sunday, July 25, 2010

xcident

xcident
tapi minta di jauhkan bukan laa kami kan...
kalau nak diikutkan pengalaman xcident ni
mmg dah rasa ..
tu laa sampai sekarang ada fobianya...
masa tu nak pergi berkelah...
sekali hubby terlanggar montot kereta yg brek tiba2...
3 buah kete jugak laa..
tu laa masa tu darah muda cket hubby
suka sgt bawa laju...
kalau tetiba ada brek kat dpn mmg tak sempat..
nak jugak tercium montot kan..
paling takut masa tu aku mengandung anak ke 2...
hampir 2 jam gak peyut aku tak bergerak..
alhamdullilah..
kami selamat..cuma terhantuk ckit jee...
lepas masyuk bengkel..kuar bengkel...
bagaikan...
tup..tup..
hubby plak xcident sorang-sorang masa nak g keje..
aku plak masa tu lam pantang..
yg ajaibnya kereta mmg hancuss..
bergolek2...
tayar ke atas..
hubby plak kuar cuma luka kat kening..
mujur tak ada apa2..
kalau org tgk kete tu..confirm ingtkan dah arwah pemandu tu..
tapi alhamdulilah syukur sgt2..
bila dah tukar kete lain sekarang ni..
syukur hubby dah tak bawa laju sesangat seperti dulu..
dah stabil..kl tak semput lah aku..
sekarang kl hubby nak turbo ke...excos bagaikan nak pecah telinga ke..
aku dah taubat tak mahu..tak mahu...huhuhu...

nak kongsi cket gambar aku ambil dari hp hubby
kejadian ni masa dia nak g keje
2..3 hari lepas..
kasihan sgt2..
akak ni naik motor dgn hubby dia..
kasihan plak sbb akak ni mengandung...
tak tahu laa sape yg salah..
kete yg langgar motor dia ke..
dia yg langgar kete ke...
hubby dia patah kaki..
akak ni tak tahu laa..
harap2 bby dia n dia selamat..

motor yg tersangkut kat kete...

kasihan..akak ni mengandung tau...

keadaan jalan raya yang sesak ..

ambulans dah sampai...


rasanya mereka stabil kot..cuma hubbynya patah kaki...
harap2 baby akak ni selamat...
CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT