jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Thursday, September 10, 2009

10 malam terakhir.......carilah lailatul qadar....


Begitu cepat masa berlalu, pejam celik kini sudah 20 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan 1430H. Ini bermakna tinggal beberapa hari lagi kita berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan. Ramadhan tetap akan pergi, ia akan pergi meniggalkan kita. Maka rugilah kita sekiranya Ramadhan yang datang tidak kita isi dan tidak pula kita memperbanyak amal. Pada peluang yang masih ada marilah kita isi Ramadhan ini dengan memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadah, lebih-lebih lagi 10 malam terakhir.
Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

- Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
- Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).
Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun. 

- Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud :
“Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
- Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
- Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
- Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
- Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

- Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.
- Syarat sah iktikaf: Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.
- Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.
- Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.
- Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.
- Waktu berakhir iktikaf: Berakhirya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.
- Perkara yang membatalkan iktikaf:
- Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.
- Murtad.
- Hilang akal kerana gila atau mabuk.
- Datang haid atau nifas.
- Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)
- Perkara yang sunat dilakukan.
- Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, baca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.
- Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
- Perkara yang harus dilakukan.
- Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.
- Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian. - Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN

~Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu 
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.~jom solat~

Tuesday, September 08, 2009

tag dari mama alya da vogi

Aku dapat tag dari MAMA ALYA DA VOGI...Pasal mkn2 ...pose 2ni jawb pasal mkn2 rasa lapar plak..hehehe...oket soklannya tak laa byak sgt..ni yg membuat aku rajin nk jawabnya...3 hari dah jawab tag..tak jemu2 aku tau pasal aku nk lunaskan hutang piutang ku...baru rasa ringan sikit bahu memikul tau..huk..huk.. 

TAG Makan-Makan Raya:-

1. Suka memasak ?
~suka...kekadang malas jugak... 

2. Masakan istimewa anda untuk yg tersayang adalah...(2 jenis)
~gulai ayam...
~ ayam paprik


3.Makanan istimewa yang anda suke waktu Raya? kenapa?(2 jenis)
~nasi minyak sbb mmg dah jadi makanan tradisi wajib ada... 
~sate dan nasi himpit sbb mmg sedap..erm..tingin plak aku nk mkn.. 

4. Kuih Raya Kegemaran anda dan si dia?
~tart nanas 
~conflakes madu dan almond landon...

5. Tayang sikit gambar masakn dari anda...hehe... 





ni semua gambar2 masakan air tgn aku.....masakanku ialah:-
1)sup ayam
2)gulai ayam
3)nasi lemak
4)nasi sup
5)ayam goreng
6)ayam paprik
7)telur dadar
8)nasi goreng paprik
6)sila beri tag ini kepada 10 orang kenalan di blog list anda:-aku nk kasi.....
~noorsha
~yatie
~mama manja
~mama adwan
~alyanni
~ieda 
~ina nabila
~noreen
~kak nur
~neezareef
*sila ambik dan jawab tag ini yee....
****************************************************************************************
FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN
~Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh 
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
~jom solat~

Monday, September 07, 2009

Award dan tag dari mamadira...


Tag...tag..tag..lagi ..kali ni tag dan award kat atas ni datangnya dari MAMADIRA@STRAWBERI,,,,aku mmg laa terajin orangnya,,,,akhirnya aku dapat juga selesaikan tag ini...okey...dah lama aku tak pamerkan masakan2 aku kat sini. asenya dah 2 hari aku tak masak...semalam aku berbuka puasa kat masjid..dan arini ada lagi undangan dari kawan my hubby ajak berbuka puasa kat restoran,,,hatiku terlonjat korang tau,, aku tingin bangat nk snap pic2 kat sana,,malangnya aku malu laa..pelik nnti org nampak..daa laa hp aku siap berbunyi kl ambik gambar siap keluar flash lagi..apa kes nnti ,org pelik kan???esok pun mgkin aku tak masak..my hubby ajak berbuka kat masjid lagi berhampiran jer umah aku, nk buat cam ane dah undangan kan...murah sgguh rezeki kali ni..alhamdullilah...tadi awl2 lagi ank aku dah dapat duit raya..10 inggit plak tiap2 sorang...bukan cam kita dulu2 kan..aku ingt dulu2 aku dpt 20 sen je..tu dah kira byak tau...mewah dah budak sekarang kan...okey korang layan tag ni dulu ye.....

1. Berikan 1 hobi yang paling anda gemari

~suka berblog...terjah blog korang laa. 

2. Berikan 2 nama kawan anda yang paling rapat dengan anda..
1)masa skull dlu~marzura... 
2)now~belum ada yg betul2 rapat... 

3. Berikan 3 jenis warna yang anda suka
~semestinya merah 
~putih 
~purple

4. Berikan 4 nama org yg paling anda sayang ..
1)Ayie dan Danish~my son
2)Encik Nazir~my hubby
3)Maimunah~my mum  
4)Pak Harun~my dad 
5)Nana~my sister 
 
5. Berikan 5 jenis sifat manusia yg paling anda benci..
1) sombong
2) kedekut
3) hipokrit 
4) dengki
5) pemarah
ramai kans cam gini ....~ 

6. Berikan 6 benda yg mesti anda bawa sebelum keluar dr rumah
~ic
~hp
~kunci rumah 
~hand bag 
~pitih 
~alat mekap aku 

7. Berikan 7 destinasi percutian yg anda ingin/suka kunjungi..
1)Langkawi 
2)Genting 
3) Paris
4)Mekah 
5)Brunei 
6)LA 

8.Berikan 8 kenangan yg paling anda tak dpt lupakan..
~putus cinta... 
~kenangan masa join silat kat sekolah... 
~kenangan with geng slamzer... 
~result SPM 
~hari pernikahanku 
~first pregnant n second 
~masa bersalin...aduii sakitnya... 
~masa bersalin DANISH,aku bersalin kat umah..tak sempat p hospital... 
 
9. Berikan 9 impian yg anda impikan..
1)hidup kekal bahagia with my family 
2)ingin kan zuriat girlzz 
2)mendapat ank2 yg soleh dan solehah
3)nak ALLAH murah kan lagi rezeki suamiku 
3)tingin buka bisnes tempat pengasuhan kanak2 
4)nk jadi jutawan,,then pakai kete sendiri 
5)nk ada umh sendiri..tak kisah ar kecik ke besar janji sendiri 
6)nak sgt cik hubby bawa melancong 
7)ada lesen memandu 
8)nak gelang dan rantai emas besar rantai kunci..haha..dah byk bgt x reti nk memikir...huk..huk.. 

10. Berikan award & tag ini kpd 10 org kenalan blog anda..

~Aku nak berikan kepada member yg belum dapt lagi award dan tag sebelum ni...

~zak apex,sharhanah,ryn-adam,cutemiut,eryn,ibu arifa,kak teha,catlina,tinie,dan kak Lyana...

kepada sesiapa pemilik nama di atas ,sila ambik award dan jawab tag ini...setiap jawapan korang amat ku hargai...

FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN

~Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas 
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
~jom solat~

TAG DARI ZAK...

Salam semua...hari ni rasanya lewat aku up date tapi takpe laa kan aku update gak...okey...aku nk jawab tag sebenarnya hari ini...lama dah aku peram tag ni..byk lagi juga yg masih lum terjawab..perlahan2 laa kan...tag ni datangnya dari member sekolah aku...sape lagi kalau bukan ZAKMALIZA ERNY...aku letak penuh lagi nama kau Zak...kl boley laa Zak...aku nk pggl ERNY laa ...tapi dah lewat....sebati nama tu kalangan member sekolah dulu..lembut jerk ERNY tu kans...qiqiqi...tag ni aku jawab siang hari tadi..tapi masa ni berpeluang di publishkan pasalnya aku terlewat nak pergi berbuka puasa di masjid tadi...malam ni aku cuti tarawih pasal ank aku nk exam..ni pun sambil aku duk ngajarnya..aku bg Ayie jawab soklan....nanti yg semaknya aku ..hik..hik..jadi cikgu daa malam ni...okey korang layan ni dulu, aku tak leh lama2......jawab tag ni asenya aku macam daa dikejar paparazzi sobab pjg berjeler asenya soklan ko zak...tu laa dulu2 nk jadi penyanyi tu pasal dpt tag cam paparazzi tya je..haha..(jgn dipercaya fakta karut ni)

1. Bekas kekasih saya adalah :

~kekasih lama...zek zaidi,tul laa..tak caye ni mls nk habaq tau..

2. Saya sedang mendengar :
~suara2 manusia dari tv umah aku...

3. Mungkin saya patut :
~mandi sbb jap lagi nk p berbuka di masjid...update jap...dan kuruskan bdn ku ini...

4. Saya suka :
~pi panggung wayang....menyanyi...jejalan,mana2 jerk...

5. Sahabat-sahabat baik saya :
~belum ada yg terlalu akrab..kekawan ramai..korang laa semua...tak lupa geng slamzer...marzura pling aku akrab dulu.

6. Saya tak paham :
~bahasa cina ,tamil dan yg sewaktu dgnnya...

7. Saya kehilangan :
~i.c,beg duit,dan handset  sebab ada perampuk  mencerobohi umh ku...

8. Ramai yang berkata :
~suaraku time nyanyi cam siti...kwah..kwah...

9. Makna nama saya :
~cahaya teman karibku..meh laa jadi temanku ..nanti korang dpt cahaya..

10. Cinta itu adalah :
~cinta pada ALLAH yg kekal...

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
~bersedih...

12. Saya akan cuba :
~gembirakannya,menjadi pendengar yg baik then menasihatinya..kl boley bantu apa yg aku mampu...

13. Ayat selamanya membawa maksud :
~kekal hingga kehembusan terakhir

14. Telefon bimbit saya :
~dlm proses nk bg anak..aku nk yg baru daa..abg beli laa...

15. Bila saya terjaga dari tidur :
~bersyukur kepada ALLAH kerana aku masih bernafas didunia ini...

16. Saya paling meluat bila :
~org yg bangga dengan kemewahannya,hipokrit,ego dan sombong...

17. Pesta/Parti adalah :
~ada yg mengembirakan dan ada yg membosankan... 

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :

~kucing 

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
~zaman remaja ...

20. Hari ni :
~Siap sedia untuk  pergi makan kat masjid..,hari cutiiiiiiii 

21. Malam ini saya akan :
~jadi cikgu sbb esok ank aku nk exam...

22. Esok pula saya akan :
~jumpa Sarah...koje umah cam biasa laa..

23. Saya betul-betul inginkan :
~baby girlzzzz...

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
~jerawat dah kurang tapi bekas jerawat ada lagi..hu..hu..hu..

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
~Pusat membeli belah ...

26. Makanan Barat atau Jepun :
~barat...

27. Bilik yg terang atau gelap :
~gelap...

28. Ayat terakhir anda katakan pada seseorang?
~jap nk siap ni..aku kata kat hubby suh p siap nk p berbuka...

29. Siapa yang anda nak Tag?

~aku nk bagi....sis nita..ko kena jawab kak...mama ain,jaijina,arryani,cik rabbit,imah,suhida,kak fiza,dik nadia,deq yorookino,..ok yang lain tu siap sedia tag yg akan datang,,hihi..aku nk kasi semua tau...

FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN

~Kelebihan Solat Tarawi Malam Kelapanbelas 
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).~jom solat~


Sunday, September 06, 2009

PENGHARGAAN DARI CUTEMIUT

Hari ni aku nak pamerkan kad khas dari kak Rina yang Cutemiut gitu...sempena birthday kak Rina baru2 ni ...aku dan blogger lain ada wish tuk kak Rina...ingtkan wish yg biasa dan ringkas gitu tak mendapat perhatian kak Rina...tapi tekaan aku meleset tak betulll.....so aku dan teman2 yang lain dapat kad ni sebagai penghargaan terima kasih dari cutemiut diatas ucapan kami pada hari lahirnya....terima kasih banyak2 yee kak ......miemiey hargai sgt2....ada lagi tau ,kad yg aku dapat dari cutemiut....sooooooooo kita tengok kat bawah tu....

Penghargaan cutemiut untuk Top 10 Komenter Bulan August...aku tersenarai tempat ke2 pengomen untuk bulan ogos...terima kasih kak Rina kasi Miemiey kad yang cantik ni...cantik tengok anak patung tu menari...hihi...tak sangka akan dapat kad ni dan penghargaan sebegini...maaf yee miemiey lambat pamerkan kad ini ...hihi....Semoga persahabatan ini akan lebih terjalin lagi...


FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN

~ Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas 
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT