jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Showing posts with label my blog. Show all posts
Showing posts with label my blog. Show all posts

Wednesday, April 14, 2010

hanya berblog menjana RM 10,000.00 sebulan

salam pagi semua
semalam semasa jejalan kat blog kekawan
ada 1 entry aku baca kat blog DNI
memang aku teruja gila dengan pendapatan  RED MUMMY
bayangkan lah
hanya menulis blog RM dapat menjana pendapatan sehingga mencecah RM 10,OOO.00 sebulan
fuuuuuhhhhh
rasanya mahu fengsan aku dengarnya
kalau cam gini goyang kaki
perah otak
jari ligat menaip seharian
 dapat RM 10,000.00
sebulan..beb... 
sekarangkan mana2 blogger kenal BEN ASHAARI
sape tau beliau bakal cam RM
maklum lah blog mereka popular
korang tak nak ke blog korang popular
dan bertaktha di hati pembaca
aku???
sure nak wooiiii
tapi bukan senang nak orang baca karya kehidupan kita dengan penuh setia
aku ni
cam budak baru belajar lagi
1..2...3...
merangkak lagi...
tapi kalau korang rasa nak berjaya cam RM
dengan pendapatan RM 10,000.00 sebulan
ikuti tip2 yang membina dari RED MUMMY
Panduan menjana pendapatan menerusi blog:

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

klik blog RED MUMMY

Sunday, April 11, 2010

ingin tersenarai top 5 blog ibu di blog BEN ASHAARI????


salam petang..
hari ni terlewat aku buka blog
maklumlah ank2 teruna aku berdua ni ada kat umah 
jadi persaingan aku tuk mendapatkan laptop yang satu mmg hebat laa
hehehe
ingat aku dan hubby je berebut(AKU BERBLOG..HUBBY BERFB)
no...no...
anak aku pon sama
biasalah anak2 melepaskan tension seminggu sekali
kasi lampu ijau main game lam lappy ni...
so no stop..stop...STOPPP!!!(gaya ibu dah tak sabar nak berblog)kahhhh.....
ni baru lah tiba giliran aku tau

klik...sana..klik..sini...
tibalah segmen berlabuh kat blog Ben Ashaari
yang glamour gitu
alahai beruntunglah wifenya kan...
hehehe...
walaupun blog aku belum lagi dijelajah oleh BEN
maklum lah ikut giliran
ramai lagi yang menunggukan...
kena banyakkan bersabar..
menanti yang ditunggu akan tiba juga..
korang nak tak kalau
blog korang tersenarai dalam senarai list beliau.
nak..nak..nak..
angkat tangan..
erm..tak payah.. klik sini jee
mulakan menaip apa yang patut yang di kehendaki oleh Ben
dan mungkin korang akan berada dalam senarai TOP 5 BLOG IBU...
ingat para ibu sahaja tau...
tapi yg belum menjadi ibu..
jangan merajuk kerana korang masih berpeluang..
klik sini plak yee...KLIK 
HAA...
kan dah senyum tu....
kih..kih...

apa yang perlu aku buat yee...untuk menjadi top 5 blog ibu...

APA YANG PERLU ANDA BUAT IALAH ;

1 ) HEADER blog BEN ASHAARI~sudah~

2) linkkan ke entri ini ..~kilk pada header di atas~

3) cerita serba sedikit mengenai blog anda ... itu akan membantu promosi blog anda ..

blog aku diberi nama HADIAH DARI HATI...bermakna segalanya dari hati aku ini untuk yang tersayang dan rakan blogger ...blog aku bercerita lebih kepada perkembangan anak2 aku yang sedang meningkat usia dan berkembang...untuk tidak menjemukan teman2 blogger membaca, sekali sekala aku selitkan post tentang masakan..berkongsi segala resepi yang aku ada...dan menyediakan gambar2 masakkan yg menarik dari air tanganku..bukan copy paste tau..hehehe...contoh klik sini
selain itu aku paparkan segmen ilmu islam..kepada semua rakan blogger..maklum lah kita bukan sekadar berkongsi cerita mengenai kehidupan namun saling mengingati kehidupan di akhirat juga paling penting...selain dapat berkawan dapat juga mengerjakan pahala...amin..mudahan begitu..paling aku byk pamerkan ketika bulan2 puasa....mmg sesuai ketika itu...aku juga berkongsi cerita ttg keluarga aku dan adik aku...selain itu,aku ada berkongsi cerita mengenai percutian kami sekeluarga dan jalan2 cari makan...dengan itu aku dapat mempromosi tempat2 menarik tuk di lawati dan tempat mkn2 yg aku pergi...aku juga ada berkongsi perasaan dan luahan hati aku bersama rakan2 blogger....yg mana boleh aku kongsi aku kongsikan agar tak mengaibkan sesiapa...
opppssss!!!!
tapi aku mempunyai 1 lagi blog..tapi blog untuk contest giveaway miemiey....blog ini ada koleksi penyertaan contest dan giveaway...sebenarnya aku asingkan agar ia bagi mengelakkan bercampur aduk dgn n3 kehidupan ku di hadiah dari hati...kl korang nak jadikan rujukan contest untuk di sertai..sila ke sini

aku mmg seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa...dan mempunyai seorang suami (takkan 2 plak kan)dan2 orang cahaya mata yang amat menghiburkanku..kehadiran aku didunia blogger kerana ingin berkongsi cerita dan mencari kenalan di dunia maya ini..tak kira lah status berbeza..apa yang penting aku sebenarnya ikhlas...segalanya bermula sejak 2009...namun begitu aku masih mencari2 lagi bagaimana untuk aku memperbaiki kekurangan dalam penulisanku...mujur lah ada Ben ..AKU HARAP TIP2 DARI BELIAU AKAN AKU GUNA SEBAIKNYA...

4 ) dari mana anda tahu mengenai SEGMEN JELAJAH BLOG IBU ini ..
seperti yang sedia maklum,,aku ada jelajah dari blog LYA...merupakan member yang 1 sekolah dgn aku dulu..tapi bukan sebaya lahh....
pastu aku ada save kan link ben ke dalam senarai blog list aku...
untuk aku pasti yg aku tak tertinggal n3 terbaru beliau...
so masa segmen klik..mengelik tadi...aku baca n3 ini di blog beliau...
dan aku amat tertarik kerana beliau ingin membantu dan mempromosi para ibu2 yg berblog untuk tersenarai dalam blog list beliau...
harap2 aku tersenarai...
amin..
korang tgu apa lagi
jangan berdiam diri jee...
kalau rasa ..dan ada perasaan sepertiku
sila kan buat yee..

Friday, April 09, 2010

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana ...



salam pagi jumaat yang indah
kalau dulu di pantai timur hari ini dah kira bercuti kan
kepada yg bercuti selamat beristirehat bersama keluarga
di kuantan ni masih lagi bekerja 
yg sedang bekerja selamat menjalankan tugas dgn baik tau

kat sini ingin aku kongsikan sesuatu dgn kawan2 semua
kalau yg dah buat takpe laa
harap2 blog2 anda dah berjaya di telajah oleh Ben Ashaari dan teman2nya..
haaa...siapa BEN ASHAARI kan..
orangnya mmg encem ala2 kacukan lagik
cuba tengok kat header tu 
hencem kan tang idung chek berkenang tau..hehehe...
semalam sedang duk berjalan ke blog LYA aku terbaca artikal kat blog LYA
memang tertarik dan teruja nak cuba
mana tau dapat menghangatkan lagi blog aku ni dgn tip2 beliau...
beliau dgn baik hati ingin membantu mempromosi blogger baru dan lama..
so kalau korang nak join sama leh laa terjah blog BEN ASHAARI (KLIK TAU)
dan mendapatkan tip2 dari beliau
mana tau dgn korang joinkan diri ada di antara kawan2 beliau sudi datang ke blog korang
maklumlah blog beliau mmg hangat sehangatnya setiap hari
okes

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana ... 
~aku ingin mendapatkan tip2 dari beliau bagaimana aku nak menaikkan lagi blog aku ini di kenali ramai..bukannya apa aku ingin menambahkan lagi kenalan di alam maya ini...dapat berkongsi cerita ,idea dan segalanya...

~aku nak tau bagaimana beliau menyusun atur waktu yg di peruntukkan untuk berblogger...terutama masa nak jelajah dan meninggalkan komen di blog kekawan..maklumlah aku tidak mempunyai masa yg lama utk berblog...

~apa pendapat ben tentang blog daku..segalanya dari segi apa pun

~blog daku ini lebih kepada kehidupan anak2 seharian..adakah patut daku tambah n3 apa2 yg menarik perhatian ramai ..sekali sekala aku masukkan artical masakan...

~bagaimana nak tarik perhatian kawan2 tuk meninggalkan jejak mereka...yelah kalau buat n3 teringin gak nak dapatkan komen2 yg membina dari rakan2...kadang kala tak laa rasa kesunyiaan...

~adakah blog aku ni sakit mata ke kalau ada yg menjenguknya....

okey tu saja BEN
TERIMA KASIH KERANA INGIN MEMBANTU DAN DATANG KESINI YEE....


Sunday, January 10, 2010

kasi tukar daa....

test..test..test..
aku dah ada umah baru sekarang..
nak kata dah puas hati lum jugak
masih dalam proses mencantikkan lg blog aku ni...
rasanya makin hari makin boring dengan blog
ye laa duk adapkan benda yg sama je
kali ni tukar colur lain plak
kasi mata aku ni nengok yg baru lak..
hehehe..
korang yee singgah2 laa selalu
jenguk2 laa aku yg dalam keboringan

 


CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT