hari ni aku nak kongsikan sedikit resepi buat kalian semua...
kl yg dah pandai buat, takpe laa
hehehe
tapi kl yg belum pernah buat boleh laa cuba
ada gak kepandaian korang tuk en somy
puteri ayu ni ada banyak nama
ada yg panggil putu ayu,sari ayu,puteri ayu
terserah laa
tapi masih dalam bentuk yg sama dan bahan yg sama
bukan senang nak buat kuih ni kalau tak tahu pantang larang
so aku kongsi kat sini
koramg ikut laa step by step
sure jadi gebu chantek dan ayu
bahan2nya;
4 biji telur
250gm tepung gandum
300gm gula
1 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250 ml santan pekat
pewarna hijau
10 helai daun pandan
kelapa putih secukupnya(di gaul bersama tepung ubi kayu)
400 ml air
cara2 menyediakannya:
~1)mula2 .300gm gula yg di perlukan..timbang dulu yee...
~2)kemudian,gula tersebut hendaklah di blender halus
~3)gula di biarkan seketika dan di masukkan ke dalam bekas mixer..
~1)timbang gandum sebanyak 250 gm
~2)masukkan sesudu teh baking powder ke dalam gandum tersebut
~3)tepung gandum dan baking powder di ayak bersama
~4)dah di ayak sebijik jadik gunung ..kahhhh....ketepikan seketika...
~1)sebiji kelapa hendaklah di parut untuk di letak di atas acuan seperti gambar di atas.elakkn dari terparut ari2 kelapa kerana akan menjadi kelapa hitam...kelapa muda adalah lagi sedap tetapi tidak terlalu muda.kemudian di campur dengan sesudu tepung ubi kayu.ini kerana bagi memudahkan kelapa ini melekat pada acuan.
~2)sebelum kelapa di masukkan ke dalam acuan eloklah acuan tersebut di sapu dgn sedikit minyak terlebih dahulu bagi mengelak kuih melekat di acuan.
~3)semasa mengisi kelapa ke dalam acuan hendaklah di tekan agar ia padat dan hasilnya seperti di atas.
~1)ambil dalam 10 helai daun pandan ,di basuh dan dipotong kecil2 ,kemudian di masukkan ke dalam blender,diisi air sebanyak 400ml dan di blender.
~2)selepas selesai di blender,masukkan ke dalam penapis yg telah diletak kelapa yg sudah di parut tuk mendapat hasil santan
~3)kemudian di perah....dan di isi ke dalam bekas...di biar seketika...hasilnya boleh lihat di pic ke 6 no 1
~1)4 biji telur yg ingin di gunakankan eloklah di biar sejuk terlebih dahulu ke dalam peti bagi menghasilkan kuih yg cantik dan gebu..
~2)kemudian,telur tadi hendaklah di campur bersama 300gm gula yg telah di kisar halus
~3)di masukkan sesudu besar ovalate dan di mixer
~4)pukul sehingga gebu dan kembang seperti gambar di atas.
pic ke 6
~1)pekatan pandan dan santan di satu kan dan di letak ke dalam bekas contoh di atas...biarkan ia seketika..
dan lihat gambar di atas ,,nampak tak perbezaan..ada 2 lapisan..1 lapisan paling ats adalah lapisan santan n pekatan pandan...lapisan yg ini sebenarnya yg di kehendaki...manakala lapisan paling bawah bewarna putih adalah lapisan yg tidak dikehendaki...ambil hanya lapisan di atas sebanyak 250 ml...ini adalah kerana kandungan air yg banyak boleh membuatkan kuih puteri ayu bantat dan tak naik...jadi sebaiknya buang lapisan air itu
~2)santan sebanyak 250 ml tadi hendaklah di masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur
dan gula yg di mixer tadi.jangan lupa masukan sedikit pewarna hijau bagi menaikkan warna pandan.
~3)pastikan ia rata dan di masukkan sedikit dmi sedikit bagi mengelak kuih tak menjadi gebu.kemudian di mixerkan.
~4)selepas itu,di masukkan pula gandum yg telah di ayak tadi...masih formula yg sama di masuki sedikt demi sedikit dan di mixer..ulangi langkah 2,3,4 sehingga kandungan gandum abiss...
~5)hasil setelah campuran selesai di mixer...kemudian panaskan pengukus dengan di isi air sampai mendidih...sementara menunggu mendidih elok lah adunan kuih tadi di masukkan ke dalam acuan kuih puteri ayu.
pic ke 7
~1)hasilnya setelah di letak ke dalam acuan,selepas itu masukkan ke semua sarang yg berisi aduan tadi ke dalam pengukus...biar kukus selama 5 minit....pastikan air tidak terkena di ats kuih semasa mengangkat tudung pengukus bagi memastikan kuih kita cantik....
~2)kuih puteri ayu yg sudah di angkat..lihat cantik dan gebu...
~3)berlatar belakangkan puteri ayu yg sudah siap di keluarkan dari sarangnya...kl boleh di keluarkan ketika masih panas bg mengelak dari kuih itu melekat..
pic ke 8
dah siap pun kuih puteri ayu aku
bahan2 di atas di anggarkan berjaya menghasilkan dalam 70 biji kuih puteri ayu mengikut saiz acuan seperti aku gunakan...
ada 2 jenis acuan..yg 1 lagi bersaiz besar dan bentuknya petak...berbanding yg aku gunakan ini berbentuk bulat...ok aku nak menjamu selera sepetang bersama hubby n anak2 yg tercinta yg tak sabar menanti setelah menhudu bau aku masak tadi...kahhh...
pic ke 9
akhir sekali setelah kehabisan kelapa parut tuk atas,aku taruk lebihan coklat rice yg ada dalam peti
so hasilnya seperti di atas puteri ayu versi coklat rice
rasa yg sedap
manis,berlemak ,,,bercoklat....
makanya ada 2 jenis puteri ayu yg berjaya aku bikin...
sekian...
selamat mencuba
3 comments:
Rajinnyer k.mie...
lps ni blh la try..
thanks 4 this sharing!!
akak respect betul la dgn org yg rajin buat kuih banyak step ni..salute to you..
weiii saspek kat kamoo
step by step kamoo tunjuk n snap pic..cayalahhh sedap tul puteri ayu ni
kalo mkn sure asyikkkk
Post a Comment