salam buat semua
rindu teramat rindu dengan kamu dan kamu...
namun apakan daya aku busy tahap gaban
semalam aku dah berpindah ke kuantan
selamat tinggal Paka,Terengganu
yang penuh dengan kenangan indah dan mendukakan
memang sedih pun terasa pasal anak2 dah bertukar sekolah
aku dapat menyelami hati dan perasaan anak2
yelaa...selama 3 tahun Ayie bersekolah di sana
pasti dan pasti Ayie sedih meninggalkan kawan2
guru2 pun masa ari terakhir ada yg terkejut dan sedih
sebab Ayie salah seorang pelajar harapan mereka yg meninggalkan sekolah SK PAKA III
aku masih tak tahu bagaimana riaksi anak2 bila di sekolah baru nanti
sekarang ni anak2 aku masih belum meneruskan persekolahan
kerana sekolah bercuti sambut tahun baru cina..
harap2 baik belaka...
pasal jawatan ayie sebagai pengawas sekolah
amat2 aku sayang
entah masih diberi harapan oleh sekolah baru entah tidak
aku pun tak pasti..
adik pula aku tak bimbang sgt kerana adik baru lagi di sekolah lamanya..
aku terpaksa redha dengan segalanya kerana mengikuti suami bekerja di sini
mengenai rezeki suami aku
alhamdulillah
abang mendapat kerja yg lebih baik ....
buat kawan2 semua
maafkan aku aktiviti berblog terpaksa di hentikan sementara
kerana ketika ini, aku sibuk mengemas rumah baru..
menyelesaikan pertukaran sekolah baru anak lagik...
tadi pun baru selesai ke PPD KUANTAN..
sebab nak minta pengesahan dari PPD Kuantan untuk anak2 bersekolah di sini...
sebab nak minta pengesahan dari PPD Kuantan untuk anak2 bersekolah di sini...
macam2 lagik...huhuhu....
tengok laa kalau ada masa aku akan tepek2 gambar umah baru aku..
kat sini...
harap2 kami dapat menyesuaikan diri di sini...
mudah-mudahan...
1 comment:
moge2 rezki mu dan family di tempat baru makin mencurah2x.-amin
Post a Comment