jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Thursday, April 08, 2010

apakah teknik nak guna ni...

APAKAH TEKNIK NAK GUNA NI...

????????????????????

kepala duk berlegar2 dari tadi...
bagaimanalah cara aku nak pujuk cik hubby
pergi tengok wayang
kerana hari ni cerita SEMERAH CINTA STILLETO dah di tayangkan kat pawagam...
kalau tak leh tgk arini pun takpe
asalkan jadik gak aku tengok kat pawagam 
bila2 masa pun boleyyyy....
cerita ni kelakar ala2 romantik agak2 aku kan...selepas baca dari sinopsis....
tambahan gandingan mantap farid dan lisa
teringat plak cerita i'm not single...
kelakarkan...
kali ni rasanya lagi mantapkan...

ermmm...
peluang aku tipis tau..
sebab baru je aku tengok cerita ni...
aku ni nafsu pawagam skit..
kahhhhh.....
lagipun cik hubby sekarang dah bertukar arah
dah ada hobi baru..
tentang hobi baru ni
nnti aku cerita apakah di laen kali..
zzzzzzzzazzzzzzzzz
huhuhu..
*
*
*
*



cerita apa tu.....

EVOLUSI KL DRIFF 2..
cerita ni mmg best 
teruja aku tgk maa...
mana taknya
samsul dah berjaya menjadikan filem pertama
yg menelan kos tinggi dan menghancurkan 2 biji kereta driff yg cute tu...
sayangkan kan..tapi dia dah berjaya menaikkan martabat industri filem Malaysia...
masa bab samsul kehilangan kekasihnya tu aku tak sedar air mata ngalir..
uiiittt..malu lak...
cepat2 sapu takut hubby tgk...
kahh.....

erm kempunan gak nak tgk v3 ..
tapi tak leh sebab anak2 tak di benarkan masuk
al maklumlah 18 SG..SO lupakan aje...

tapi yang ni mmg tak sabar nak pergi tengok..
uwaaaaaaaaa...
*
*
*
..............................................

Sinopsis Filem Semerah Cinta Stilleto Lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani

Farid Kamil dan Lisa Surihani bakal berlakon fielm komedi romantik terbaru, SEMERAH CINTA STILLETO arahan David Teo yang merupakan filem ke-37 terbitan Metrowealth. Farid Kamil memegang watak Leto manakala Lisa sebagai Siti Laila mengakui mereka ada keserasian ketika berlakon walapun Farid kini bercinta dengan Diana Danielle. Ini adalah kali ke-4 mereka bergadingan dan filem ke ke-3 mereka bersama dalam satu filem.
SINOPSIS FILEM SEMERAH CINTA STILLETO
Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.

Wednesday, April 07, 2010

hadiah contest part 1

contest di menangi kategori remaja AKSI MENARIK KETIKA MEMBACA
contest yang di sertai di SINI
keputusan contest ke SINI plak

sebenarnya adiah ni dah lama sampai ..tetapi oleh kerana aku masih berada dalam bercuti tempoh hari makanya berbekulah n3 penghargaan ini..hari ni baru ada peluang nak postkan n3...aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat kak shima di atas hadiah yang aku terima ini..mekaceh banyak2 kak..di harap minat membaca dapat di pupuk ke dalam diri anak2ku...

sukanya hati adiah contest dah sampai....


beginilah aksi anak-anakku yang ingin membuka pembalut adiah
apalah yang ada erk....






ongkeh setelah di buka sampulnya maka terdapatlah adiah2 yang di menangi oleh AYIE setelah menyertai contest AKSI MENARIK KETIKA MEMBACA



2 buah novel di awal remaja yang bertajuk PETAI OH PETAI dan DIARI LENG CHAI..
ceritanya sangat menarik dan ayie berminat sangat dengan jalan cerita petai 0h petai...bagi kekawan yang ingin dapatkan novel2 yang menarik sila ke blog kak shima yee...terdapat pelbagai novel lagi mengikut usia seseorang yang ingin memilikinya.

lencana yang berwajahkan kak shima

penanda buku yang sangat kreatif berserta kata2 hikmah dari kak syima syawal

~jadilah anak yang baik...
~jadilah insan yang berguna buat masyarakat
~jadilah bangsa yang sentiasa menjunjung agama...
~selamat maju jaya...

akhir kata berbanyak terima kasih buat kak shima di atas hadiah ini....

Tuesday, April 06, 2010

Muhasabah diri sebelum ke alam baqa

mari kita mengingatinya setiap saat kerana ia mendorong kita mengerjakan kebaikan


Di mana dan bila-bila masa sekalipun, ajal pasti akan menjemput setiap insan tanpa diundang, walaupun cuba bersembunyi atau melarikan diri ke dalam benteng tinggi yang kukuh.
Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: "Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata : Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad saw): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? - (Surah an-Nisa, ayat 78)
Sehubungan itu, maka amat wajar bagi setiap Muslim merenungi diri, bermuhasabah dan seterusnya menyiapkan diri dengan bekalan sebelum menghadapi kematian dan sebelum menuju ke alam baqa.
Persiapan awal ini amat penting bagi setiap Muslim. Ini kerana peluang kehidupan di dunia ini bagi setiap insan hanya sekali. Tiada peluang kedua atau kesekian kalinya apabila seseorang Muslim melangkah ke alam barzakh.
Allah banyak merakamkan kisah penyesalan orang kafir musyrik pada alam barzakh dan akhirat, namun penyesalan mereka itu tiada gunanya lagi. Ini kerana mereka diberikan peringatan demi peringatan oleh nabi dan dai, namun tidak mendengar, memahami dan menghayatinya.
Contohnya, firman Allah bermaksud: "Dan (ingatlah) perihal hari orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata : Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
"Wahai celakanya aku! Alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si polan itu menjadi sahabat karib!
"Sesungguhnya dia menyesatkan aku dari jalan peringatan (al-Quran) selepas ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya).
"Dan berkatalah Rasul : Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai." - (Surah al-Furqan, ayat 27-30).
Perlu diinsafi bahawa antara ciri Muslim yang paling bijaksana dan bertakwa kepada Allah ialah Muslim yang sentiasa bermuhasabah diri dan membuat persiapan bagi menghadapi kematian.
Sabda Rasulullah saw: "Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang paling lemah ialah orang yang terikutkan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah." (Riwayat Abu Daud)
Oleh itu, Rasulullah saw ada memberikan panduan berguna kepada umatnya yang dikasihi melalui hadisnya sebagai satu pedoman kepada setiap Muslim untuk membuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam baqa.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah pahala segala amalannya melainkan pahala tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh kepada ibu bapanya." (Riwayat Muslim).
Jelas daripada mafhum hadis berkenaan bahawa ada tiga amalan utama yang seharusnya dilakukan setiap Muslim ketika hayatnya sebagai bekalan amal yang bakal dibawa sebelum menuju ke alam baqa.
Amalan pertama ialah amalan sedekah jariah atau menderma seluruh atau sebahagian hartanya pada jalan Allah. Ini adalah antara amalan kebajikan yang sangat dituntut oleh Islam kepada umatnya. Ini kerana Islam ingin mendidik umatnya agar menghiasi diri dengan sifat dermawan dan pemurah kepada sesama manusia, terutama fakir miskin dan orang kurang bernasib baik. Ditambah lagi bahawa Allah sendiri bersifat Maha Pemurah lagi Maha Dermawan. Allah berfirman maksudnya: "Dan belanjakan (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan agama Allah) dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil). Dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya." - (Surah al-Baqarah, ayat 195).
Perlu diinsafi bahawa menafkahkan harta pada jalan Allah bukan terhad kepada membelanjakannya ke dalam jihad dan perjuangan menegakkan Islam. Ia turut merangkumi berzakat, bersedekah, menderma, sedekah jariah, perbelanjaan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat serta sumbangan kebajikan untuk maslahah umum.
Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: " Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad saw): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah?). Katakanlah : Apa juga harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan, maka berikanlah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah) apa juga yang kamu buat daripada jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)." - (Surah al-Baqarah, ayat 215).
Amalan kedua ialah menimba ilmu sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi. Ini kerana Islam adalah addin yang mengimbangi di antara keperluan dunia dan akhirat.
Islam menggalakkan umatnya agar menuntut ilmu sebanyak mungkin dan oleh itu Allah mengangkat darjat orang berilmu berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
Firman Allah maksudnya: "...Allah meninggikan darjat orang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat." - (Surah al-Mujadalah, ayat 11)
Hanya dengan ilmu, seseorang Muslim dapat memantapkan imannya kepada Allah, meningkatkan amal soleh kepada-Nya dan dapat mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah.
Rasulullah saw pernah menyentuh mengenai kelebihan ilmu melalui hadisnya yang bermaksud: "Tuntutlah ilmu kerana amalan menuntut ilmu akan menghampirkan dirimu kepada Allah, mengajarkan ilmu kepada orang lain adalah satu amalan sedekah. Sesungguhnya ilmu itu akan mengangkat seseorang ke darjat kemuliaan dan kebijaksanaan. Ilmu itu juga akan menjadi perhiasan indah orang berilmu di dunia dan akhirat." (Riwayat Al Rabie)
Akhirnya, amalan ketiga yang pahalanya berterusan kepada si mati ialah doa seorang anak soleh kepadanya selepas meninggal. Alangkah beruntungnya orang tua yang mampu mendidik anaknya sehingga menjadi anak soleh dan taat kepada Allah.
Pada masa sama, anak juga diasuh agar menjadi generasi harapan yang akan menyumbang bakti berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Inilah antara ciri anak soleh yang diasuh dengan asuhan spiritual dan kebendaan yang mana doanya nanti amat bernilai kepada orang tuanya.
Dalam erti kata lain, anak soleh adalah harta pelaburan jangka panjang yang amat berharga kepada orang tua apabila mereka meninggal dunia kelak.
Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengajar anaknya agar selalu berdoa dengan doa yang bermaksud: "...Wahai Tuhanku ! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil." - (Surah al-Isra, ayat 24)
Dalam hal ini, Rasulullah saw ada bersabda maksudnya: "Orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti seorang yang sedang kelemasan meminta pertolongan. Dia sedang menunggu hingga sampai kepadanya rahmat sesuatu doa daripada anaknya, saudaranya atau sahabat handainya." (Riwayat Al Dailami)
Apabila rahmat doa itu sampai kepadanya, alangkah suka dan gembiranya serta dirasai rahmat itu lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya pahala amalan doa dan istighfar daripada orang yang masih hidup di dunia akan sampai kepada orang mati menurut pendapat jumhur ulama.
Demikianlah tiga amalan utama yang sewajarnya termasuk dalam senarai amalan wajib setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah.
Inilah persediaan sewajibnya dilakukan oleh setiap Muslim sebelum ajal maut menjemputnya. Kehidupan di dunia ini hanya sementara, sedangkan kehidupan di akhirat adalah berkekalan.
dalam kita bergembira adakah kita semua bersedia untuk ini semua..renung-renungkanlah...sebelum ajal menjemputmu perbanyakkan beramal soleh...

Monday, April 05, 2010

ABPBH menjadi milikmu lagi....


SITI Nurhaliza dianugerah Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena All Stars, Genting Highlands, malam tadi.


GENTING HIGHLANDS: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila buat kali ketujuh dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, di sini malam tadi.
Siti Nurhaliza, 31, yang meraih 225,300 undi, memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Aizat, Nabil, Faizal Tahir dan Fara Fauzana,

Berikutan kemenangan itu, beliau memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM330,000 iaitu kenderaan Nissan X-Trail 2.0L berharga RM130,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas bernilai RM150,000 tajaan Habib, perabot mewah bernilai RM30,000 tajaan Empire Classic Furniture serta pakej penginapan bernilai RM18,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi. Siti Nurhaliza sebelum ini memenangi gelaran ABPBH edisi 1996/97, 1998, 1999, 2000, 2001 dan 2004.


Beliau juga mengekalkan populariti malam tadi apabila buat kali ke-13 berturut-turut mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular dengan mengetepikan pencabarnya Stacy, Yuna, Jaclyn Victor dan Mila.

memang kemenangan yang di duga oleh aku kerana beliau layak ...dan keputusan yang di ambil oleh beliau untuk berehat dari bertanding lagi tahun depan adalah tepat kerana ia dapat memberi ruang kepada bakat2 baru untuk merasai tempat itu...walaupun begitu DATO CT tetap di hati peminat beliau...cewah.....
cuba korang tengok adiah yg di menangi...erm...tak yah cakap lah mmg bertuah kalau itu menjadi milik kita kan....
tahniah sejuta tahniah buatmu my idol...



Tuesday, March 02, 2010

pengumuman penting esok raya...kihhhhhhhh......



bertarikh hari ini...masa yg terkini...
ingin daku maklumkan buat kalian
member blog yg sudi jejalan ke sini
bahawa 
daku akan bercuti berblog selama setahun
cewahhhh
setahun...betul ke ni...
hahaha
mungkin sebulan 
kerana memberi laluan
buat anak daku yg terchenta
untuk meluangkan masa untuk mereka
dalam mengulangkaji pelajaran
kerana mereka akan
menduduki peperiksaan
PKSR 1
dalam 2 minggu lebey lagi
daku ingin memohon maaf andai kata selama
daku berblog 
ada yg buat korang terasa pedas dgn kata2 ku...
rindu korang semua...
namun apakan daya 
anak2 lebih penting dari segala2nya
daripada aku ngadap tenet dalam 2 jam pun paling sedikit
hanya merugikan
so 2 jam tu akan ku hargai tuk mereka..
aku akan muncul lagi bersama kamu semua
di masa akan datang
dengan segala yg baru, berwajah baru
semestinya yg segar...
kahhhh...kihhh...
akhirkata
doakan kejayaan anak-anakku,
amin....

terima kasih...
muahhhhhh
salam cayang for all
CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT