jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Thursday, August 05, 2010

ribena ada kandungan arak.....betul ke?


LONDON:Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam 
undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

royak v~tak tahu setakat mana kesahihan kat MALAYSIA plak kan...terkejut jugak ras bila baca berita ni...ye laa aku pun sama suka sgt bagi ank aku rabena....kalau ayie mmg peberet rabena ni berbanding adik mmg tak minum...huhuhu....

11 comments:

ardinihumaira said...

dni ada dengar cite ni dah lama kak beberpa tahun lepas.. skang timbul balik atau yang dah lama kak.. sebab dni skang minum balik ribena lepas disahkan tak de arak.. huhu...risau

miemiey said...

dni~akak pun kompius gak dni..terkejut sgt2...ni akak copy kat fb..ada org yg share...akak baru dgr n tau ahri ni..sbb tu akak post...tapi akak rasa selagi jakim tak gtau tak pe kot...huhuhu...kena ajukan soklan ni kat karam sight suh dia buat liputan....

mummy_ayu said...

wah..conpius gak nie..dulu ada gak dgr but sekarang dah senyap..emmmm

LYaFRINA said...

ye k???
lya suka minum ribena.. asya pun suka.. alamak!!! mcmana ni?? mcmana nk dptkan kepastian ni??

**dulu dh pnh dgr ttg ni.. tp lenyap g2 j sbb xde bukti kot

r|nA @ ja|j|na said...

dlu ade dgr jugak pasal ribena ade alkohol..tup2 ni kuar balik..mmg sah lah tu..pasni jgn beli ribena dah..walau pon malaysia ade je iklan ribena, biarlah HALAL & TOIYIBAH..

~aSHa~ said...

sy pun pernah dgr...yg ribena ni tak bape elok tuk budak2 sebenarnya...

dyea irdina said...

patut la adam n ice pagi ptng siang mlm belasah ribena..dah mabuk ribina upernya....

Zaidah said...

alamak macam mana nie...anak2 zai suka minum ribena...so macam mana nie yerk...

miemiey said...

tu laa alll..miemiey pun kompius....so kena kemukakan soklan ni kepada pihak bertanggungjawab tuk kepastiann...huhuhu..kl ada kesangsian elok kita elakn kerana bila dah sangsi boleh jadi haram walau pun halal...(pernah dgr lam ceramah,mimi ni bukan pandai sgt...huhuhu)

penjejak maya said...

salam,

kalau dah ada logo halal JAKIM insya-Allah selamat lagi pun kilang dia ada kat m'sia kan..

Anonymous said...

Semua itu kenikmatan dunia..
jika kita btul2 yakin kita tahu bahwa proses mbuat ribena dr awal hingga terhasilnya ribena, xda dcampur arak, maka boleh lah kita yakin ribena halal
jika was2...lbih baik kita menghindarinya

CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT