jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Thursday, October 15, 2009

REHAT JAP...

Sorry tuk semua....maaflah x dapat berblog buat sementara waktu ini,umah kawan2 pom x dapat nk terjah.......ada hal2 yg patut di dahulukan ,,nati klau dah tol2 free rmh korang x kan ku lupakan.......sorry 4 everything...peace no war..hehe

Thursday, October 08, 2009

si comel berbaju raya contest

Si Comel Berbaju Raya Contest


salam buat semua....contest ,contest dan contest lagi!!!saje tuk suke2....ape lagi sementara x de entry nk dimuatkan try lah join contest  yang di anjurkan oleh http://babyibu.blogspot.com/ "si comel berbaju raya contest"..cuba-cuba nasibbb......,kot2  rezeki anak aku datang lagi kali ini untuk  menang dalam contest ini.Harap-harap begitu lah yee....sebelum aku layak untuk menyertai contest ini ..... kita tengok dulu yee syarat2 untuk melayakkan diri dalam pertandingan ini....

Cara Penyertaan :

Pertandingan dibahagikan kepada :-
~Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
~Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya. 

~Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. 
Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan
- Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda - sudah
- Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke ENTRY ini - sudah
- Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
- Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) - sudah
- Sila nyatakan nama si comel dan umurnya -sudah
- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) - sudah 
- Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. - sudah 
- Klik sini untuk Q &A - ok
kategori A(BOYS)
NAMA:MUHAMMAD DANISH DANIAL
UMUR:6 TAHUN
Gambar ini di ambil ketika di dalam kereta semasa kami nak pergi beraya...pagi-pagi lagi si Danish ni dah bangun,tu pun adik masih lagi mengantuk kerana malam raya berjaga sampai pukul 2 pagi...syok sangat menunggu ibu bikin lontong...walaupun mengantuk adik tetap pergi beraya dengan semangatnya nak dapatkan duit raya....sebelum tu sempatlah aku snap gambar adik .....adik pakai sepasang baju melayu ala2 jubah yang berwarna coklat..tema untuk anak2 aku tahun ini semuanya berwarna coklat.
Kategori B(GIRLS)
NAMA:RAJA NURASLINA ATIKAH 
UMUR:10 BULAN
Haa...jangan tertipu..ini bukan anak aku tau..ini ialah anak saudara aku...namanya adik Ika...aku sayang bangat baby ni sebab dia manja dan cute...oleh kerana aku tak ada anak perempuan jadik anak saudara akulah yang jadi mangsanya tau....Penganjur tak kisah kl takde ank sendiri,ank saudara pun boleh...apa lagi cepat2lah aku cari gambar2 ank saudara yg ada...gambar ini di ambil ketika adik aku pergi beraya ke rumah atuk sebelah suami aku....kampung suami aku dan suami adik aku sekampung so bertemulah kami di pagi raya tu...adik ika yang kini dan pandai duduk cantik berbaju kurung dan berkasut berwarna merah.Tahun ini pertama kali adik Ika pakai baju kurung tau..tecik2 lagi dah kene pakai baju kurung...
kalau dah ada contest so kepada yang menang mesti ada hadiahnya kanss...meh kita tengok apalaa hadiah2nya....ramai tul penaja2 contest ni sampai dah tak tertengok mata aku ni...
Hadiah -
Bagi Kategori A:
Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie-Necklace by S daripada Sherry-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop
Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
Hadiah Ketiga-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
Bagi Kategori B:
Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie-Pretty Birdie Earrings daripada Niko-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop
Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
Hadiah Ketiga

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info


Monday, October 05, 2009

kasi kongsi resepiku

salam...syawal masih lagi terasa...rayakan sebulan,bagi yg di kota lazimnya ramai yg mengadakan umah terbuka,begitu juga kat sini...okes biasanya cakap pasal umah terbuka mestilah sajian paling penting untuk dihidangkan kpd para tetamu...betul idaknya??hari ini aku nk share salah satu masakn yg aku suka msk dan mkn....haa....mestilah nasi minyak..bukan kenduri kahwin je korang boleh merasanya,hari2 pun boley...sesapa yg nak buat umah terbuka boley cuma resepi nasi minyak ku ini...mesti licin maaa....sape kat sini yg pandai memasaknya????cuma angkat tangan????kl ada yg tak pernah masak boley laa cuba tau....bukan susah sgt tau....pejam mata je tau..boleh ke masak kl dah pejam...cuba korang pejam kan mata...kl boley mmg tereer korang yee...resepi ada kat bawah ni....

bahan-bahannya:

~Minyak sapi (2 sudu besar)
~ Marjerin ( 2 sudu besar)
~ Rempah 4 Sekawan (cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)
~halia sebesar ibu jari (hiris nipis)
~ Bawang putih  (dihiris halus)
~ Bawang merah (hiris halus)

~ Daun pandan (1@2 helai)
~ Susu cair (1 tin)
~ Sos tomato ( 3@4 sudu besar)sos cili pun boleh
~ Beras siam ( 5 pots - basuh dan toskan.)
~ Garam ( secukup rasa)

pewarna merah @hijau(kl suka)
hiasan kismis dan bawang grg(suka hati kamoo)
Cara-cara
1. Panaskan minyak sapi dan marjerin sehingga cair.
2. Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan halia, Tumis sehingga keperangan.
4. Masukkan daun pandan.
5. Masukkan susu cair, sos tomato dan tambah sedikit air. Biarkan mendidih.
6. Masukkan beras dan garam.
7. Tanak hingga masak.
8. Taburkan kismis dan bawang goreng ketika menghidang@kl nak ada warna masuk kan sedikt pewarna...

sudah siap  dan boleh dihidangkan

jom layan gulai ayamnya plak


Bahan-bahan
~ Ayam(dipotong dan bersihkan)
~ Minyak  secukup untuk menumis
~ Rempah 4 sekawan
~ Bawang  merah dan putih di kisar

~halia,kunyit,lengkuas(dikisar)

~rempah gulai cap bunga ros

~rempah masak cap bunga ros

~lada kering yg dikisar

~perahan air asam jawa

~santan,garam dan gula


* Campurkan

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan sehingga wangi.
2. Masukkan bawang  dan semua bhn2 yg dikisar tadi,tumis sehingga garing
3. masukan  lada kering yg telah dikisar
4. Masukkan rempah gulai ayam dan separuh rempah masak, Tumis lagi hingga garing.
5. Masukkan ayam dan sedikit air..biar hingga 1/2 masak

6. Masukkan santan dan hingga masak 
7. segala bahn perasa termasuk gula
8. air asam jawa
9.perlahankan api untuk pecahkan minyaknya
* Boleh juga ditambah kentang bagi memekatkan kuah.

okes selesai sudah gulainya....

acarnya pula:

~timun batang,lobak.lada besar,bawang besar dikasi potong

~boley juga diletak hirisan kobis

~sediakan cuka dan dimasukkan bawang yg dihiris bersama gula dan garam

~kacau hingga sebati,dimasukkan timun btg,kobis,lobak...

perap seketika shingga masam


sambalnya...

lada besar,cili padi,sedikit lada kering,belacan,air asam jawa(cuka pun boleh)gula,ajinamoto,garam,~~dikisar jangan lumat...



selamat mencuba...

kat bawah ni nasi minyak aku yg masak....cubalah buatnya..


Sunday, October 04, 2009

cukur jambul dak kecik..

pada jumaat 2hari yg lepas ,kami menghabiskan masa bersantai di rumah mertua.pada mulanya kami ingat nak berehat kat umah namun terpaksa dibatalkan pasal MIL nak adakan majlis cukur jambul anak ipar aku yg baru lahir...majlis cukup sederhana cuma ambil syarat berkat jee...lagipun elak membazirkan,2 hari gak kami berkampung di sana..boleylaa cik hubby bermanja dgn MIL...

majlis bercukur yang sederhana tetapi meriah

Saturday, October 03, 2009

nengok movie

cuti raya masih ada,

selain bersantai kat umah,

kami dah lama tak tengok movie,

maka mggu lepas bergerak laa kami,

menuju ke megamall kuantan,

pada mulanya rancang nk tengok jin notti,

tapi sesampai kat sana laen jadiknya,

anak2 nk tgk movie momok,

so terpaksa ikut ...

bermula laa adegan seriau...


pose pelik kami

si abang duk dalam cermin

si adik plak tunggeng terbalik

semakin pelik nengok cite momok


adik dan abang 


selesai nengoknya
amat mendukacitakan
pasal aku dah tengok cite ni tapi dalam bentuk vcd
cuma ada yg diedit kembali
kami gigih nak datang lagi
sebab nak tengok jin notti
tak puas hati tau....
bagi ank2 aku suka
pasal budak 2 org ni belum nengok lagi
akhirnya aku dapat nengok cite ni
tapi dilain hari
kali ni kami bawa my mum
jin notti

kenangan bersama my mum selepas selesai nengok filem jin notti...dah penat n lapor sooo kami mencekik kat kedai nasi ayam  berhampiran pawagam tu....pas tu ronda2 jap kat mega mall kuantan....kami tak beli apa2 pun sbb dah byk berbelanja masa raya baru2 ni..membazir je kan..pas tu we all pun balik...tapi kami rancang nak datang balik nengok movie akan datang yg mmg aku tak sabar...aku tingin bangat nk nengok movie tsunami tapi ank2 rasa tak leh masuk sbb 18 keatas kl umum aku boley terjah movie tu huhuhu...nama pun tsunami kan...tgu je vcd kuar nanti je laa..tak pun aku download dlm tenet jee...

okes...selesai sudah...

kembali bersua dengan movie yg akan dtg

memang tak sabar kami nunggu movie ni

ada yg kelakar gila

ada yg menarik

besssttttt..

akan datang

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

pisau cukur

5 november 2009


senario the movie episod 2 the beach boys

19 november 2009


kalau kekawan yg ada hobby yg sama ngn kami ..kita pakat tengok nanti yee..bukan apa melepaskan tension setelah penat bekerja lagipun boleh merapatkan hubungan kekeluargaan..sekali sekala apa salahnya

Thursday, October 01, 2009

keputusan contest

saat yang di nantikan,

dup...dup...dup....

senarai top 3 pemenang2 contest makan dan menang bersama adwan encem sudah diketahui

jeng....jeng....jeng...

mari kita tengok sape yg menang

tempat pertama ialah

faish5807.blogspot.com

tahniah yerk...

mmg gelojoh tul makan yeee

pasni mkn jeruk plak 



ini plak tempat ke dua....memang syok laa makan tu,,,tahniah..tahniah...

dyahahaslittlecottage.blogspot.com


okey syttttttttttttt!!!!!

tempat ke tiga di sandang oleh 

:

:

:

:

:

:

setelah diteliti oleh pihak juri akhirnya tempat ke 3 dalam contest tersebut...

macam kenal je budak ni??????

wah!!!terkezut pun ado....bersyukur bangat-bangat..iyo laa first contest tu then menang tempat ke 3...cam tak cayo jerk...terima kasih buat mama adwan sbb adakan contest ni yg membuat aku ign turut serta...dan terima kasih kerana memilih kami untuk layak di tempat ke 3 dalam contest ni....daku menanti hadiah jeruk tu tau....cam ane rasa jeruk penang yerk???dah rasa semacam lidah ni..suka bangat dgn makanan jeruk ni...

miemieyslamzer.blogspot.com

CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT