jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Monday, October 05, 2009

kasi kongsi resepiku

salam...syawal masih lagi terasa...rayakan sebulan,bagi yg di kota lazimnya ramai yg mengadakan umah terbuka,begitu juga kat sini...okes biasanya cakap pasal umah terbuka mestilah sajian paling penting untuk dihidangkan kpd para tetamu...betul idaknya??hari ini aku nk share salah satu masakn yg aku suka msk dan mkn....haa....mestilah nasi minyak..bukan kenduri kahwin je korang boleh merasanya,hari2 pun boley...sesapa yg nak buat umah terbuka boley cuma resepi nasi minyak ku ini...mesti licin maaa....sape kat sini yg pandai memasaknya????cuma angkat tangan????kl ada yg tak pernah masak boley laa cuba tau....bukan susah sgt tau....pejam mata je tau..boleh ke masak kl dah pejam...cuba korang pejam kan mata...kl boley mmg tereer korang yee...resepi ada kat bawah ni....

bahan-bahannya:

~Minyak sapi (2 sudu besar)
~ Marjerin ( 2 sudu besar)
~ Rempah 4 Sekawan (cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)
~halia sebesar ibu jari (hiris nipis)
~ Bawang putih  (dihiris halus)
~ Bawang merah (hiris halus)

~ Daun pandan (1@2 helai)
~ Susu cair (1 tin)
~ Sos tomato ( 3@4 sudu besar)sos cili pun boleh
~ Beras siam ( 5 pots - basuh dan toskan.)
~ Garam ( secukup rasa)

pewarna merah @hijau(kl suka)
hiasan kismis dan bawang grg(suka hati kamoo)
Cara-cara
1. Panaskan minyak sapi dan marjerin sehingga cair.
2. Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan halia, Tumis sehingga keperangan.
4. Masukkan daun pandan.
5. Masukkan susu cair, sos tomato dan tambah sedikit air. Biarkan mendidih.
6. Masukkan beras dan garam.
7. Tanak hingga masak.
8. Taburkan kismis dan bawang goreng ketika menghidang@kl nak ada warna masuk kan sedikt pewarna...

sudah siap  dan boleh dihidangkan

jom layan gulai ayamnya plak


Bahan-bahan
~ Ayam(dipotong dan bersihkan)
~ Minyak  secukup untuk menumis
~ Rempah 4 sekawan
~ Bawang  merah dan putih di kisar

~halia,kunyit,lengkuas(dikisar)

~rempah gulai cap bunga ros

~rempah masak cap bunga ros

~lada kering yg dikisar

~perahan air asam jawa

~santan,garam dan gula


* Campurkan

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan sehingga wangi.
2. Masukkan bawang  dan semua bhn2 yg dikisar tadi,tumis sehingga garing
3. masukan  lada kering yg telah dikisar
4. Masukkan rempah gulai ayam dan separuh rempah masak, Tumis lagi hingga garing.
5. Masukkan ayam dan sedikit air..biar hingga 1/2 masak

6. Masukkan santan dan hingga masak 
7. segala bahn perasa termasuk gula
8. air asam jawa
9.perlahankan api untuk pecahkan minyaknya
* Boleh juga ditambah kentang bagi memekatkan kuah.

okes selesai sudah gulainya....

acarnya pula:

~timun batang,lobak.lada besar,bawang besar dikasi potong

~boley juga diletak hirisan kobis

~sediakan cuka dan dimasukkan bawang yg dihiris bersama gula dan garam

~kacau hingga sebati,dimasukkan timun btg,kobis,lobak...

perap seketika shingga masam


sambalnya...

lada besar,cili padi,sedikit lada kering,belacan,air asam jawa(cuka pun boleh)gula,ajinamoto,garam,~~dikisar jangan lumat...



selamat mencuba...

kat bawah ni nasi minyak aku yg masak....cubalah buatnya..


4 comments:

ayuZack said...

leh cuba nie.. tq erk kongsi resepi.. nampak sedap..

strawberi @ mamadira said...

wah..sodapnye..
kena cuba ni..

mimiey ko dok mana?
ganu ke?
kalau dok kl ni boleh la terjah umah ko ye mkn nasi minyak ni..
ekekke

alyyani said...

sedap nye........nak cuba gak la :)

sis_nita said...

salam dik..

akak lapar laks pepagi blind ni.. bila nengok resepi dik..

urmmm..

leh try gak ni..

CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT