jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Tuesday, April 13, 2010

Danish oh Danish

Danish:"ibu..ibu..ibu.."
cepat mari sekejap,ibu...
aku yang sedang leka di dapur
lalu berkata
Aku:"sekejap laa, ibu nak masak ni"
di dalam hati kecil ku tertanya2
apalah adik ni nak apa lak...
aku tahu adik sedang syok bermain game lam lappy
biasa lah adik tak leh ngok aku syok kat depan lappy
ada je dia nak itu ini..nak main game jee laaa..
aku pun kasi peluang jap
sbb nak masak
kih..kih..
kalau tak jgn harap aku kasi tau...
berlagak seorang ibu yang terlampau
sekali lagi adik memanggil aku
kali ni nampaknya adik hot pasal tadi aku tak pedulikan dia
aku
terus mendapatkan adik yang asyik memanggil jee
dan terkejut aku tengok
*
*
*
Danish:"ibu,tengok ni adik lukis kereta comel"
Aku:"cantiknya...pandai adik .adik tekan mana ni"

lagak adik yang pandai dan bangga diri sambil ngajar aku
Danish:"tekan sini bu..sini..sini..dan sini.."
HAHAHA...
aku gelak sampai nunggu dia siap kan lukisannya

sambil tekan sini situ menyiapkan lukisannya

akhirnya
Danish:"lawo dop kete ni bu"
Aku:"lawo..pandai adik,sape ni orang itam kurus kering"
Danish:"ibu lah...dan abah masa muda kurus lagi"
leni ibu gemok doh
Aku:kahhhhhh....kahhhhh...kahhhhh.
sendiri mau ingat lahhh...

aku dan abah ni??????

Monday, April 12, 2010

teknik dance yang betul

apa yang terkangkang tuiii...uiiittt...

hahaha.....tengok gambar pun aku dah nak gelak tau
apa lagi kalau tonton video kat bawah ni
beginilah kalau cuti sekolah
ada je idea budak berdua ni bermain kreatif pelik
yang kekadang otak aku tak terfikir pun
kalau korang tau bebudak berdua ni sedang dance
sebenarnya anak2 aku ni syok maen game
korang pernah pergi tak kat pusat permainan game
mesti pernah kan???
dalam banyak2 permainan tu
pasti ada yang main game cam dance guna kaki ikut ank panah tu..ada irama muzik tu..
biasa chinese suka maen ni....
aku pon tak reti biasa org panggil permainan apa ni..
boleh punya sampai cam tu tahap kreatif anak2 aku
maen dance game ni kat umah
bior atas petak2 mozek je berpijak
berpandukan anak2 panah dalam lappy
jom zaaazzz layan kat bawah ni
baru jelas ...
*
*
*
*

cam lipas kudung daa....kihhhhh....

kera kena belacan ni...hehehe...


abaikan video cetak rompak ini yang kabur dan terbalik...hahaha....tapi masih leh lihat lagik kan..
yg terbalik tu aku tak sedar cam ane aku pgg hp aku dalam keadaan terbalik so gambr terbalik ar....sebab nak cepat kan...gara2 takut tertinggal nak rakam aksi ni..

Sunday, April 11, 2010

ingin tersenarai top 5 blog ibu di blog BEN ASHAARI????


salam petang..
hari ni terlewat aku buka blog
maklumlah ank2 teruna aku berdua ni ada kat umah 
jadi persaingan aku tuk mendapatkan laptop yang satu mmg hebat laa
hehehe
ingat aku dan hubby je berebut(AKU BERBLOG..HUBBY BERFB)
no...no...
anak aku pon sama
biasalah anak2 melepaskan tension seminggu sekali
kasi lampu ijau main game lam lappy ni...
so no stop..stop...STOPPP!!!(gaya ibu dah tak sabar nak berblog)kahhhh.....
ni baru lah tiba giliran aku tau

klik...sana..klik..sini...
tibalah segmen berlabuh kat blog Ben Ashaari
yang glamour gitu
alahai beruntunglah wifenya kan...
hehehe...
walaupun blog aku belum lagi dijelajah oleh BEN
maklum lah ikut giliran
ramai lagi yang menunggukan...
kena banyakkan bersabar..
menanti yang ditunggu akan tiba juga..
korang nak tak kalau
blog korang tersenarai dalam senarai list beliau.
nak..nak..nak..
angkat tangan..
erm..tak payah.. klik sini jee
mulakan menaip apa yang patut yang di kehendaki oleh Ben
dan mungkin korang akan berada dalam senarai TOP 5 BLOG IBU...
ingat para ibu sahaja tau...
tapi yg belum menjadi ibu..
jangan merajuk kerana korang masih berpeluang..
klik sini plak yee...KLIK 
HAA...
kan dah senyum tu....
kih..kih...

apa yang perlu aku buat yee...untuk menjadi top 5 blog ibu...

APA YANG PERLU ANDA BUAT IALAH ;

1 ) HEADER blog BEN ASHAARI~sudah~

2) linkkan ke entri ini ..~kilk pada header di atas~

3) cerita serba sedikit mengenai blog anda ... itu akan membantu promosi blog anda ..

blog aku diberi nama HADIAH DARI HATI...bermakna segalanya dari hati aku ini untuk yang tersayang dan rakan blogger ...blog aku bercerita lebih kepada perkembangan anak2 aku yang sedang meningkat usia dan berkembang...untuk tidak menjemukan teman2 blogger membaca, sekali sekala aku selitkan post tentang masakan..berkongsi segala resepi yang aku ada...dan menyediakan gambar2 masakkan yg menarik dari air tanganku..bukan copy paste tau..hehehe...contoh klik sini
selain itu aku paparkan segmen ilmu islam..kepada semua rakan blogger..maklum lah kita bukan sekadar berkongsi cerita mengenai kehidupan namun saling mengingati kehidupan di akhirat juga paling penting...selain dapat berkawan dapat juga mengerjakan pahala...amin..mudahan begitu..paling aku byk pamerkan ketika bulan2 puasa....mmg sesuai ketika itu...aku juga berkongsi cerita ttg keluarga aku dan adik aku...selain itu,aku ada berkongsi cerita mengenai percutian kami sekeluarga dan jalan2 cari makan...dengan itu aku dapat mempromosi tempat2 menarik tuk di lawati dan tempat mkn2 yg aku pergi...aku juga ada berkongsi perasaan dan luahan hati aku bersama rakan2 blogger....yg mana boleh aku kongsi aku kongsikan agar tak mengaibkan sesiapa...
opppssss!!!!
tapi aku mempunyai 1 lagi blog..tapi blog untuk contest giveaway miemiey....blog ini ada koleksi penyertaan contest dan giveaway...sebenarnya aku asingkan agar ia bagi mengelakkan bercampur aduk dgn n3 kehidupan ku di hadiah dari hati...kl korang nak jadikan rujukan contest untuk di sertai..sila ke sini

aku mmg seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa...dan mempunyai seorang suami (takkan 2 plak kan)dan2 orang cahaya mata yang amat menghiburkanku..kehadiran aku didunia blogger kerana ingin berkongsi cerita dan mencari kenalan di dunia maya ini..tak kira lah status berbeza..apa yang penting aku sebenarnya ikhlas...segalanya bermula sejak 2009...namun begitu aku masih mencari2 lagi bagaimana untuk aku memperbaiki kekurangan dalam penulisanku...mujur lah ada Ben ..AKU HARAP TIP2 DARI BELIAU AKAN AKU GUNA SEBAIKNYA...

4 ) dari mana anda tahu mengenai SEGMEN JELAJAH BLOG IBU ini ..
seperti yang sedia maklum,,aku ada jelajah dari blog LYA...merupakan member yang 1 sekolah dgn aku dulu..tapi bukan sebaya lahh....
pastu aku ada save kan link ben ke dalam senarai blog list aku...
untuk aku pasti yg aku tak tertinggal n3 terbaru beliau...
so masa segmen klik..mengelik tadi...aku baca n3 ini di blog beliau...
dan aku amat tertarik kerana beliau ingin membantu dan mempromosi para ibu2 yg berblog untuk tersenarai dalam blog list beliau...
harap2 aku tersenarai...
amin..
korang tgu apa lagi
jangan berdiam diri jee...
kalau rasa ..dan ada perasaan sepertiku
sila kan buat yee..

Saturday, April 10, 2010

hadiah contest part 2

sebenarnya ini kesinambungan hadiah2 contest yg aku menang
banyak sebenarnya yg belum pamerkan kat sini
bukan apa
aku ingin beri penghargaan sebenarnya
takkan diam jerk kot tanpa ucapan tq kat blog aku kan..kan..
okes hadiah kali ini datangnya dari cikgu n@m@n
mekaceh cikgu di atas pemberian hadiah itu
ia sungguh bermakna buatku tau
dulu aku ada buat dialog lucu 
tak sangka plak menang tempat pertama lagi
inilah kan di namakan rezeki

contest aku:SINI


hadiahnya

setelah di buka...
waaaa...banyaknya....
aku dapat frame yg unik,cenderamata ukiran berbentuk pensel..siap ada nama aku lagi..kahhh
paling syok dan menyentuh kulit aku
losyen tu...losyen gamat emas tau
mmg sejuk je bila aku pakai
kulit pon jadi lembut dan wangi
masa tu buka adiah kat umah ma aku
so abis seisi rumah ma aku try
adik aku nana mmg pantang tgk losyen...
abis dia sapu sampai kekaki nya...

tengok tu nama aku miemiey...
ni mesti n@m@n tulih sendiri
hahaha
diakan cikgu..

akhirnya frame tu
aku letak gambar aku dan hubby
romantik kan
kalau tengok frame ni selain syok tgk hubby
teringat kat awak 
n@m@n
akhir sekali
mekaceh banyak2 n@m@n
pemberian ini semua amat miemiey hargai...
kalau sesiapa nak dapatkan losyen gamat emas
korang leh jejalan kat blog n@m@n
leh korang skodeng kembar MAWI world..
hehehe

Friday, April 09, 2010

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana ...



salam pagi jumaat yang indah
kalau dulu di pantai timur hari ini dah kira bercuti kan
kepada yg bercuti selamat beristirehat bersama keluarga
di kuantan ni masih lagi bekerja 
yg sedang bekerja selamat menjalankan tugas dgn baik tau

kat sini ingin aku kongsikan sesuatu dgn kawan2 semua
kalau yg dah buat takpe laa
harap2 blog2 anda dah berjaya di telajah oleh Ben Ashaari dan teman2nya..
haaa...siapa BEN ASHAARI kan..
orangnya mmg encem ala2 kacukan lagik
cuba tengok kat header tu 
hencem kan tang idung chek berkenang tau..hehehe...
semalam sedang duk berjalan ke blog LYA aku terbaca artikal kat blog LYA
memang tertarik dan teruja nak cuba
mana tau dapat menghangatkan lagi blog aku ni dgn tip2 beliau...
beliau dgn baik hati ingin membantu mempromosi blogger baru dan lama..
so kalau korang nak join sama leh laa terjah blog BEN ASHAARI (KLIK TAU)
dan mendapatkan tip2 dari beliau
mana tau dgn korang joinkan diri ada di antara kawan2 beliau sudi datang ke blog korang
maklumlah blog beliau mmg hangat sehangatnya setiap hari
okes

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana ... 
~aku ingin mendapatkan tip2 dari beliau bagaimana aku nak menaikkan lagi blog aku ini di kenali ramai..bukannya apa aku ingin menambahkan lagi kenalan di alam maya ini...dapat berkongsi cerita ,idea dan segalanya...

~aku nak tau bagaimana beliau menyusun atur waktu yg di peruntukkan untuk berblogger...terutama masa nak jelajah dan meninggalkan komen di blog kekawan..maklumlah aku tidak mempunyai masa yg lama utk berblog...

~apa pendapat ben tentang blog daku..segalanya dari segi apa pun

~blog daku ini lebih kepada kehidupan anak2 seharian..adakah patut daku tambah n3 apa2 yg menarik perhatian ramai ..sekali sekala aku masukkan artical masakan...

~bagaimana nak tarik perhatian kawan2 tuk meninggalkan jejak mereka...yelah kalau buat n3 teringin gak nak dapatkan komen2 yg membina dari rakan2...kadang kala tak laa rasa kesunyiaan...

~adakah blog aku ni sakit mata ke kalau ada yg menjenguknya....

okey tu saja BEN
TERIMA KASIH KERANA INGIN MEMBANTU DAN DATANG KESINI YEE....


CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT