jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Thursday, December 31, 2009

NOTTI-FACE GIVEAWAY

(sticky mode entry)

salam...kali ni aku masih tak jemu2 nk join contest biorpun dah byk kali kecundang..huhu...tapi mama adwan kan..harap2 daku menang lagi ye setelah dapat tempat ke 3 contest yg lalu..kalau dapt jeruk tu sampai kekaki lagi laa daku makan..hahaha...okes kalau korang nak join dan nak tau lebih jelas so pi laa blog mama adwan ye...@tengok kat link aku ada kat situ...so mari tgk gambar yg aku pertaruhkan...taraaaaaaaaa.............

NAMA:RAJA NURASLINA ARTIKAH
IBU:NANA(ADIK)
BAPA:RAJA MOHD(IPARKU)
TARIKH LAHIR:27.12.2008
UMUR:11 BULAN 22 HARI(SEMINGGU LAGI BIRTHDAY IKA~1)

Gambar ni bagi aku sesangat laa notti pasal adik ika masa tu sedang syok menghisap jari dah sampat terlali dan dah nk tertutup mata tu...yg kelakarnya pas tu terus tertidur ika..senang kan tak yah dodoikan n bagi susu..dengan isap jari dah boleh tidur..gambar ni di ambik kat umah saudara aku selepas adakan majlis tahlil buat arwah nenek..agaknya letih seharian tu pasal mudah je tido kan...susah korang nk tengok pic adik ika cam ni dah..pasal aku duk pamer pic yg chantek2 je kan..untungkan ada gak contest cam gini..nak notti..notti lagi...(abaikan rambut ika berserabut tu)hehehe...

Cutest with nice smile baby contest


STICKY MODE

Cutest with nice smile baby contest

'Create

Teruja nak join contest lagi,

gambar yg dipertaruhkan ada kat bawah ni,

sesiapa yg nk join sama boleh aje,

contest ni dianjurkan oleh &ita Maternity 

nak tau syarat2nya leh laa jenguk sini,

hadiahnya mmg lumayan,

cepat2 sebelum  31 december 2009 dan result will announce on 5th January 2010.

apa lagi cari laa gambar ank korang yg most cutest with smile baby 

NAMA:RAJA NURASLINA ATIKAH

UMUR:11 BULAN 22 HARI

gambar ni diambik ketika adik ika syok bermain tepuk amai2..so tersenyum riang je dgr org duk nyanyi lagu tepuk amai2 


"New Year Giveaway''


'' New Year Giveaway ''.

sticky mode entry


ANJURAN:ZUE LAVENDAR

Syarat-syarat ;

1 : Tulis entry tajuk '' New Year Giveaway ''.

2. Dalam entry kene ada gambar (banner) "New Year Giveaway". Pastikan banner ada di sidebar anda. Link ke2nye ke http://lavender4all.blogspot.com/

3 : Jadi follower & add link blog ini dalam blog list anda.

4 : Setelah siap entry anda, sila tinggalkan URL-link-giveaway-anda di ruang comment entry ini sebagai tanda anda menyertai contest ini.

5. Entry perlulah sticky mood sehingga 31 December 2009

6. Tarikh tutup : 31 December 2009.

7. Hadiah merupakan sebuah "Wine Bottle Umbrella".

8. Pemenang dipilih secara rawak. Tidak layak bagi yang tidak memenuhi syarat.

Monday, December 28, 2009

birthday ika yg pertama

majlis hari lahir adik Ika yg first

tarikh majlis:malam sebelum 27.12

tarikh lahir:27.12.2008

malas nak cerita panjang2 so tengok ringkasan di setiap gambar jee..hehe.. sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari lahir buat adik ika yg pertama..semoga cepat besar dan panjang umo..sekarang adik ika dah boleh jalan tau..sgt comey pabila ika jalan..


persiapan sebelum majlis bermula...alahai makcik2 yg tiup belon mengalahkan bebudak..hahaha..bersungguh tiup nampaknya...kat bawah tu sebahagian hadirin yg dtg..cam kenal je adik kat bawah tu..sape ye...


segala juadah tuk para tetamu yang akan hadir pada malam tu...laksa putih ada...mee grg pon ada,  karipap n agar2 ..

kek coklat yang mabeles..yummy..yummy...


selamat hari lahir buat ika yg pertama...mmg ika tak tau apa2 lagi..duk tengok pelik je org ramai datang..ambik2 gambar lagi buat ika rimas..maka ni je lah hasil yg pling baik aku ambik gambar dia mlm tu..kek pon besar dari ika lagi..hehehe..


ika semasa upacara potong kek mmg tak duk diam..siap di colet kek dgn tangannya,mmg susah nak ambil gambar...geram kat kek tu gamaknya...


sekian..daa komen skit..hahaha...sekarang ni aku sedang bercuti kat jb..so tak sempat nk terjah korang.,.nnti aku byar hutang aku yee kat korang...masa yg ada ni hnya sempat aku update n3 je
tapi korang tetap di hatiku...

Friday, December 25, 2009

MedaiStore Lucky Draw..

MedaiStore Lucky Draw..

sticky mode entry


sekarang ni musim contest agaknya 
berlambak aku nengok orang duk join contest
aku pon sama dah terjebak
kali ni nak cuba nasib contest dari kedai MedaiStore
sesiapa nk join lucky draw ,nak nengok syarat segalanya
skodeng laa SINI 



Kepada semua pelanggan MedaiStore, blogger2,kwn2..jom sertai MedaiStore Lucky Draw..

Syarat-syaratnya mudah saja..

1. kena beli CD dulu? takde la...sape2 je boleh join ya.. kena jadi FOLLOWER MedaiStore dulu.
2. pastu buat satu ENTRY promote Lucky Draw ni dan pastikan ia STICKY MODE sampai 25 Disember 2009
3. letak BANNER di side bar
4. senaraikan MedaiStore dalam BLOGLIST anda ye.
4. dan jangan lupa LINK balik ke MedaiStore.
5. tinggalkan jejak/komen supaya saya boleh menjejaki anda.
HADIAHNYA?
jeng jeng jeng..
yang pastinya 3 pemenang bertuah akan mendapat:
1 CD BAMBOO BABYTODD
1 CD COOLABABY
1 WETBAG
dan hadiah2 misteri...

tarikh tutup adalah pada 25 Disember 2009
tunggu apa lagi ....

wah!!!!besarnya pari daun!!!

ni cerita dulu2 dah lama tau..semasa ni en hubby dan adik ipar aku(raja mohd)mmg ada hobi yg sama iaitu kaki pancing..kl ada tanding mancing muka diorang berdua kepit g sana sini..sampai aku kekadang terjebak sampai jam 3 pagi ada gak time hari cuti..tapi sekarang en hubby dah kurang skit hobi ni ...mgkin dah jemu mgu2 mesti masuk tanding..tapi adik ipar aku ni masih dgn hobinya lg sampai sekarang...ada hari tu sekali en hubby p masuk tanding mancing..mak oiii besarnya terkejut aku nengok ikan pari yg naik aritu....sekaligus menjadi rezeki salah sorang peserta yg dapat ikan pari besar,,,kl en hubby yg dapat bestnya...dapat wang ribu2 ..mengalahkan gaji 2 3 bulan agaknya...nasib tuah peserta tu laa..apa aku melalut ni x yah cakap lagi ar kasi ttp mulut ...kita tengok ikan pari ni dah ye..santapan tuk seminggu..

" GIVEAWAY IRFANKU SAYANG"


" GIVEAWAY IRFANKU SAYANG"


masih tinggal beberapa hari lagi untuk menyertai contest ni
 tak menghampakan umi irfan
yg bertanya aku tuk joinkan diri contest ni 
so lahirlah n3 ni..
hehehe...
sesiapa yg nak join contest ni leh jenguk blog umi irfan di atas
sebelum contest berakhir

hadiah hari lahir yang ayah irfan nak bagi sesuai dengan umur irfan ialah
*
*
*
*
*



memang sangat sesuai hadiah kereta ni...kerana ia mudah di gunakan oleh Irfan sendiri tanpa bantuan kita pabila dia dapat duduk dgn baik lagipun terdapat ruang sokongan dibelakang kereta tersebut..hanya perlu menggunakan kaki kereta ni dah dapat bergerak,,selain tu dapat melatih pergerakan kaki Irfan dengan lebih cepat untuk berjalan..terdapat alat muzik yg boleh di mainkan oleh Irfan dgn hanya menekan butang yg terdapat di bahagian stereng..dengan itu Irfan tidak akan jemu tuk bermain.Anak saudaraku yg hanya 2 3 hari lagi untuk menyambut ulangtahun yg pertama juga dapat bermain dengan baik...lagi pun kereta ni kecil yg dapat bermain di dalam rumah yg sempit dan mudah dibawa kemana2..di bawah di serta kan contoh2 kereta yg lain yg diguna oleh anakku dan anak saudara..kereta masih dalam ciri yg sama seperti diatas cuma bentuk dan corak yg berlainan.

anak saudaraku yg sama umur dengan irfan(27.12)cuma hari yg lain..dapat bermain dengan baik
anakku ketika berumur setahun++++

AKHIRKATA...SELAMAT HARI LAHIR BUAT IRFAN YG BAKAL TIBA
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN TAAT KEPADA IBUBAPA
AMIN

Contest Mari Berdialog Bersama n@m@n

aku sekarang dah kemaruk contest..n3 aku penuh contest je..

contest kali ni di anjurkan dari blog n@m@n

So sesiapa yg nak join leh tengok syarat dan cara menyertainya 

sebelun contest ni berakhir 31 december ni


A:"Semah,mana aci aku kasi 10 ringgit gak tapi tak dapat bunga telur dan beg tu!"
B:" geramnya aku memalukan betul..kawal laa skit suara tu,orang ramai ni" 
C:"lain kali tak ingin lagi aku nak ajak ko kak Jah kat kenduri kahwin"
D:"Mak ni kami yang budak pun tak ingin telur tu..mak yang lebih-lebih"

cepat jom join contest!!!!!!!!!!!!

Thursday, December 24, 2009

Mama Balqis 2nd Anniversary Giveaway

Mama Balqis 2nd Anniversary Giveaway 

Nie Sticky Mode tau..
New eNTRY scroll lg yea..




giveaway ni datangnya dari MAMA BALQIS
bersempena hari ulangtahun perkahwinan beliau yg ke 2
moga perkhawinan kalian kekal hingga hujung nyawa
kalau nk join boleh tgk syarat2nya di SINI @ diatas..
sama je ,,mana2 pon boley

adiahnya amat laa lumayan

1) 1 set One Drop Perfumes

2) 1 set Dhia Perfumes

pemenang akan dipilih melalui Random.Org
giveaway ni tamat pada 24 Disember 2009 jam 1230 t.hari..jgn tgu lama2 tau..

Wednesday, December 23, 2009

Butik Balqis Sayang Giveaway

BUTIK BALQIS SAYANG GIVEAWAY



sempena pembukaan kedai baru iaitu BUTIK BALQIS SAYANG,
MAMA BALQIS nak mengadakan giveaway
so apa lagi aku pun nak join sekali
kot2 ada tuah badan nk dapat giveaway percuma
apa yg perlu dah korang buat dah ada kat bawah ni
kalau ada yg nk beli barangan dari kedai MAMA BALQIS amat2 dialukan
macam2 baju fesyen terkini yg ada
harga mmg murah 

Syarat penyertaan senang ajer...

1. Buat entry pasal giveaway ni kat blog anda
2. jadi follower MAMA BALQIS'S DIARY dan BUTIK BALQIS SAYANG
3. masukkan kedua-dua blog ini di blog list anda
4. tinggalkan comment berserta link anda disini

Hadiahnya adalah..... 2 set Baby Suit (Sorang satu yer...)

TARIKH TUTUP
31 DISEMBER 2009 (at 12.00 noon)

Tuesday, December 22, 2009

lalalalalala....

lalalalalala...... 
sukanya hati start tengahari ni my hubby half day
dan cuti sampai tahun baru
kerana mengabiskan cuti tahunan yg ada seminggu
pasni leh ar berebut main lappy yg satu ni baru haru..
up date ttp up date maa...

Anak kecil yg takut api neraka

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

 

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

 

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

 

 

 

 

 

 

Monday, December 21, 2009

bukan sekadar selimut

agak2nya apa laa dalam hidup korang something masa korang tecik2 dulu masih dalam simpanan korang...ada ke??????aku laa kan dari kecik sampai ke jadi ibu ni ada 1 bende ni yg masih kekal dan elok dalam simpanan aku..kiranya harta pusaka laa ni...hahahaha...kalau masih elok sampai ke cucu aku rasa boleh simpan lagi.....hahaha...tadaaaaaaaaa......

selimut..selimut...selimut...bucuk ni....selimut bucuk ni aku kebas dari umah mak aku pas aku kahwin..(mmg hak milik aku pun)dulu2 takde selimut ni aku tak leh lelap tido...ni kira rahsia diri sendiri dah terbongkar...hihihi....selimut ni sekarang aku simpan dalam lemari..aku guma time nk p umah sanak saudara je, bawa spare,,,(mentang2 laa sekarang dah guna toto besar) selimut ni tak silap aku ,mak aku beli sejak aku sekolah rendah,,rasa2 dlm darjah 3 gitu laa aku pon dh lupa...kira laa umur aku skrg daa 27 tahun(18 tahun,dah umur selimut ni)...eh,,dah lama tu kan????bangga beb pasal yg adik dan mak aku punya semua dah rabak carik padahal beli tu masa yg sama...walaupun hanya sehelai selimut aku cayaaaangggggggggg akan dikau selimut,,,,,dah boleh kahwin selimut ni,anak dara daa,,,,


masih elok dalam simpananku

Sunday, December 20, 2009

cerita somy istery yg majuk....

masa aku duk terjah blog kekawan,maka aku ada terbaca cerita ni dari blog LYANA sungguh teringin aku nk kongsi dgn korang,,,
tergelak sungguh aku dgn cerita somi isteri yg majuk2 ni...
jom korang baca
solly kak lyana ,miemiey copy dari blog akak..
jgn mare

Surat Ayang untuk Abang

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah...

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. .. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang


ni abang lak bagi....

Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah...

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta... abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek...hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekap mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekap abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu....pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kiss cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepunlak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang...dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahah ahahha

Love,
Abang

Saturday, December 19, 2009

'Sweet Treat' giveaway!


sekali aku tengok ke kreatif adik nasuha mmg chantek sangat
bukan calang2 orang boleh buat ni
akak pun keras je jari jemari nk buat kad yg chantek2 ni
dan paling suka adik nasuha adakan 'Sweet Treat' giveaway
so aku pun tingin juga nk join cam korang seme yg dh join
so kepada yg belum menyertai lg boleh laa korang singgah sini
menurut adik nasuha giveaway ni diadakan sempena bakal berlabuhnya tirai 2009,
 menyambut pOst adik nasuha yang ke-100 dan mendapat hit hampir 3000
tahniah dik kamu ramai peminat yee...

okes meh tgk syarat2 nya:

cara2 nak melayakkan diri untuk menang giveaway nih:

bagi yang ada blog

1. jadi kawan (follower) saya jika anda belum jadi lagi. ;p
2. buat post di blog anda tentang giveaway ni. sertakan gambar hadiah giveaway dan link untuk ke blog saya ni.
3. tinggalkan komen di post ini menyatakan anda dah buat semua diatas (sertakan link anda)

[BONUS: sertakan 1 gambar kad rekaan saya yang anda paling suka dan anda akan dapat 2 penyertaan,ini terpulang jika anda nak,taknak pun tak ape =)]

bagi yang tiada blog:

1. jadi kawan (follower) saya jika anda belum jadi lagi.
2. hantarkan email kepada 3 orang rakan dan di'CC' kepada saya chua1403@yahoo.com
3. tinggalkan komen di post ini menyatakan anda dah buat semua di atas (sertakan nama penuh dan alamat email).

[BONUS : hantar email kepada 3 orang rakan lagi dan di'CC'kan kepada saya,anda akan dapat 2 penyertaan,ini terpulang kepada anda,tak wajib

giveaway ni akan berlangsung hingga 10.00 pm pada 25 Disember 2009 dan pemenang akan dipilih melalui cabutan nama oleh adik nasuha maman! ;p cabutan nama akan dilakukan pada 26 Disember 2009.

hadiah2nya

antara hadiah yang ada: 1 set 'Sweet Treat',10 jenis riben (ada yang 1 meter dan 1/2 meter) ,3 sellotape kartun,1 set kertas bintang yang cute,1 set butang pelbagai warna dan 1 bar cadbury chocolate (sebagai penambah manis di mulut ;p)

kad yg adik hasilkan ini berjaya menambat hati akak..sungguh chantek bentuk hati ,warna yg lembut dan mendapat keserasian warna antara pink dan putih..sesuai sgt tuk yg couple2 ni..tuk somi isteri pon okes lg abadi...ada bingkai gambar cam print plak..okey kad yg akak pilih ni sekaligus penyertaan akak menjdi 2 yee dik...hehehe..

Larangan ketika solat

Perkara dilarang ketika solat


Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.


Berdiri di atas satu kaki


Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.


Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.


Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".


Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.


Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.


Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.


Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.


Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.


Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.


Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh."


Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.


Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.

Thursday, December 17, 2009

persiapan skullllll

bagi ibubapa yang ada anak bersekolah bukan setahun sekali je berbelanja lebih(persiapan raya)tapi persiapan sekolah beb kena jugak laa..dah akhir2 taun mmg pitih byk melayang laa ..kalau anak skit cam aku ni ok lagi..kalau sedozen botak laa kepala si ayah nya kot..hehehe..aku anak 2 ni bab persiapan skull dah abis 300..huhuhu...macam tu laa agaknya mak ayah aku dulu kan...bagi korang yg berkemampuan lebih...angka 3 tu tak nmpak mana pon...bagi aku ni skit punya susah hati weiii..hehehe...tapi bila duk kumpul nengok seme ni happy dan tak sabar bila si anak pakai nnti...harap2 laa bebudak ni tak persiakan ilmu kat sekolah nnti...malah nk berceloteh pjg2 mening plak pala korang baca..so meh laa tengok2 skit bawah ni...


baju berwarna kuning berseluar merah ni adalah baju sekolah si abang..taun depan abang jadi pengawas sekolah so begini laa seragam baru si abang..cantik kan tambahan seluar tu warna peberet aku...ssuh gila nk cari baju sekolah abang dari dungun sampai kemaman aku duk cari..bukan tak ada kat dungun tapi kain n jahitan tak berkualiti so ssh kit aku nk beli..sbb aku mmg cerewet skit bab baju sekolah anak ni..maklum laa nk pakai setahun kan so kene cari yg tahan lasak..mujur laa ada kat kemaman bawah the store...aku beli 2 pasang..mahal gilo weiii..2 pasang ni 80 ya duit hubby aku melayang...mengalah nk beli baju raya..huhuhu...skull punya pasal kita orang mengalah je laa...tambahan happy nengok anak bergaya dengan jawatan baru...hehe(jgn mare)


baju sekolah putih berseluar biru ni pastinya uniform baru tuk adik...aku beli 2 pasang gak senag sikit nak tukar2 hari2 pasal aku tak suka nengok anak pakai yg sama sbb paham2 je laa berbau n kotor nnti...tak kose aku nengok kang...baju adik tak laa mahal sgt..bese2 jee...tak sabar hati nk tengok adik pakai maklum laa first darjah 1 kang...


kasut itam ni hak milik kekal si abang...hancem laa abang gi koloh nnti pakai kasut itam...hehehe..pandai dok abag pakai yg bertali ni???jgn dibelit kat kaki udah laa...


kasut putih ni hak milik kekal si adik....pandai2 laa adik jaganya kasi berseh sentiasa..bab sental membasuh ni malah laa aku nk memberus lama2...


Ini ialah beg si abang....merah lagi tau ..abang pilih sendiri dia kata berkenan yang ini, apa lagi beli je..senang cerita kan..okey jugak aku tengok mmg cantik juga..sama colour beg adik plak...tak di rancang tau..meh nengok beg adik plak...


beg yang ada roda ni bukan beg balik kg tau tapi beg si adik...ye laa kalau darjah 1 ni buku pun dah byk kena isikan..berat plak tu so belikan yg ada tayar senang adik tarik tolak jee...tul tak???sekali aku tengok beg ni besar dari adik..macam mana laaa nanti yee adik bawa...


segala perkakas sekolah budak berdua ni...yg lebey2 tu simpan tuk kegunaan akan datng..sebenarnya kalau tak beli tuk adik tak apa pasal yg cikgu present byak tapi tu laa si adik ni kalau abang beli dia sibuk nak jugak...tak beli majuk2 plak...so yg cikgu kasi tu leh simpan buat kenangan...tidak pun boleh guna akan datang...

Wednesday, December 09, 2009

SWEET WANNUR & COMEL BERGAYA GIVEAWAY

SWEET WANNUR & COMEL BERGAYA GIVEAWAY!


ASSALAMUALAIKUM

Kali ni aku nak join contest lagi
contest ni senang saje tau
jom laa join sama
untuk keterangan lanjut mengenai contest ni
korang leh datang sini

giveaway utk kali ke-2 ini diadakan bersempena dengan 3rd anniversary perkahwinan wannur & suami (30 Nov),
dan juga bersempena pembukaan kedai baru wannur iaitu COMEL BERGAYA 
http://comelbergayashop.blogspot.com/
cepat!cepat!meh laa singgah kedai baru akak ni
mana tau duk jejalan tu ada benda yang berkenan di hati leh laa korang beli
sesambil tu join laa contest ni

 daku nak ucapkan selamat hari ulangtahun buat wannur dan somy,semoga perkahwinan kalian kekal ke akhir hayat dan ucapan tahniah buat kalian sempena pembukaan kedai baru..semoga rezeki korang melimpah hendakNya...

buat pengetahuan korang semua untuk melayakan korang menyertai contest ni korang mesti pilih 2 kategori....aku mesti dan wajib pilih kategori A kerana aku memiliki blog...bagi korang yang tak ada blog jangan bimbang korang masih berpeluang memilih kategori B....

KALAU NAK TAU LEBIH LANJUT KORANG SINGGAH SINI

HADIAHNYA:

2 cabutan hadiah untuk kategori A
&
2 cabutan hadiah untuk kategori B

*hadiahnya terdiri drpd barangan dr sweetwannurshoppe beserta hadiah misteri sumbangan comel bergaya!!

CLOSE DATE:
20 DECEMBER 2009 (at 12.00 noon)
semoga daku peserta bertuah itu....




Tuesday, December 08, 2009

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY


ketika leka menerjah blog kengkawan

ramai gak aku tengok yg sertai contest" serius baby 2009 giveaway"

maka terdetik laa di hati aku untuk turut serta

kalau ada kengkawan yang nk join gak

boleh laa terjah bloh ibu rifqizuhairi

semua kelayakan untuk menyertai contest ni ada kat situ

apa lagi jangan tunggu lama2 tau

pic yang aku nak pertaruhan untuk contest ini mestilah baby berwajah serius

sape yee?????

mesti laa anak saudara aku yang comey tau

aku ada bertanya ibu rifqizuhairi

pasal leh ke anak saudara memeriahkan contest ni

maklumlah anak2 aku umo mereka terlebey sudaa

huhuhu

ibu rifqizuhairi memberi laluan hijau buat aku

semua yang bergelar anak boleh join sama contest ni

apa yg penting umo mereka tak melebihi 3 tahun

anak kucing leh ke???

tidak...tidak...tidak....

mesti lah anak manusia je kan

hehehe

okeh gambar yang aku nak lampirkan kat sini ada byak tau

so akak pilih laa mana yg paling serius yeee

buntu kepala ku nak pilihnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*

gambar berbaju sejuk tu aku ambik selepas adik ika bangun tido

tu pasal mencuka je muka adik ika 

disuruh cenyum dibuat deqqq je 

maka terhasil laa pic cam tu


NAMA:RAJA NUR ASLINA ATIKAH BT RAJA MOHD

TARIKH LAHIR:27.12.2008

UMUR:11 BULAN 11 HARI(dah dekat birthday ika yg first)






apa laa yang adik ika tenung tu..semasa ni adik ika ralik pandang my hero main game dalam laptop..sampai bulat bijik mata...jagn terkeluar udah lee mata tu...adik ika mmg susah kl di ajak pose sbb adik ika tak reti duk diam...kl di pgg tu gelisah je nk lari, muka pun mencuka semacam je...(gambar yg bawah yg ada tgn memegang ika)


gambar ini aku ambil ketika adik ika syok bermain...bila sedang leka bermain dan aku duk nyibuk nak ambik gambar jangan harap lah dia nak senyum....

Wednesday, December 02, 2009

Majlis Ihtifal 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL @HADIAH

IHTIFAL PASTI 2009

TARIKH:20 NOVEMBER 2009

cerita ni sebenarnya dah lama...tapi adik dah tuntut ngn aku pasal pic dia tuk penyampaian adiah tak ada dlm n3 aku... yelaa semlam dia tgk yg abg ada..arini kena laa tunaikan janji ....majlis ni wajib aku hadiri pasal meraikan anak2 PASTI yg dah tamat bersekolah di sini dan juga hari penyampaian hadiah bg pelajar cemerlg...pic kat bawah ni adik bergaya dgn pakaian konvonya...hehe...dapat laa segulung ijazah dan gambar(sijil terselit belakang gambar)


antara persembahan yg disertai oleh adik..."pegang mic elok2 dik jgn di makn yee"

pic yg bawah tu adik ada kat belakang budak plg depan(yg pgg mic)

bebudak ni pelapis akademi nasyid hehehe...


tak sangka adik terpilih untuk pelajar paling bersih tahun 6....terkejut gak masa nama adik di umumkan tuk kategori tu...ye laa pada mulanya aku agk2 tak de peluang tuk mengolek adiah pasal adik dapat no 8...syukur2 dah 2 tahun adik dapat anugerah ni..meceh cikgu2 manis pasal di mata cikgu2, adik bersihhhh..dan adik mendapat adiah cenderahati gak...merupakan alt tls


kenangan adik bersama cikgu2 tersayang....sedondong cikgu yaa...


koleksi adiah -adiah yg adik dapat ..manyaknya.....(leh guna taun depan)tola tu kasi bu dik yee...


medal tanda kenangan dari PASTI utk anugerah kebersihan terbaik tahun 6


CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT