jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Monday, January 04, 2010

Terakhir buat sarah

tanpa ku duga kegembiraan yg ingin ku beri buat keluarga
berakhir dengan kesedihan
aku perlu tabah menjalani hidup ini buat keluargaku
walaupun di luaran aku nampak gembira dan tenang
tapi dihati siapa yg menduga apa yg tersirat
demi abang dan anak2 aku bangun untuk mereka
anak2 cukup sedih melihat aku menanggis setiap hari
menanggis kerana amat rindukan seorang anak yg amat aku
sayangi....
sarah,,,
ibu tak menyangka ibu telah kehilangan sarah
kehilangan buat selamanya
hingga hari ini airmata tak pernah kering lagi bila mengenangkan sarah
hingga menyebabkan ibu demam
ibu amat rindukan sarah
tapi apakan daya ...
ibu hanya mampu mencium bau kain buaian sarah dan tudung yg sarah tinggalkan
 itu yg termampu untuk menahan kerinduan ini
ibu tak menyangka sepanjang minggu akhir kita bersama
sarah begitu rapat dengan abang2
makan, pakai baju sampai pakai pamper sarah suruh abang yg lakukan
mmg tak leh dinafikan sarah mmg rapat dengan abang sejak dr kecil lagi
paling pelik sarah cium ibu setiap masa sambil menyebut nama ibu
rupanya itu semua menandakan sarah akan pergi dari kehidupan kami selamanya
tatkala rindu itu menjelma
ibu merasakan seolah2 ingin berlari ke taska baru sarah
terasa ingin memeluk mencium sarah sepuas-puasnya
tapi apakan daya siapakah ibu untuk layak semua itu
kini ibu hanya mampu memandang taska itu dari jauh sahaja
mengharapkan sarah keluar
tapi mustahil segalanya
sarah
ketahuilah dirimu wahai sayang
ibu tidak terlalu kejam
ibu tak ingin semua ini berlaku
semua ini kata putus dari mama
yg terbaik buat sarah sekeluarga
buat kita semua
ibu perlu redha
tapi akibatnya ibu terguris sayang
tak sanggup berpisah dengan mu
walaupun ibu tak pernah melahirkan dirimu
tapi sepanjang ibu menjagamu sepenuh kasih sayang yg ibu berikan buatmu sayang
seolah dirimu seperti anak ibu
tapi apakan daya bu tuk menahan semua ini
hari ini ibu redha dengan apa yg berlaku
cuma ibu memerlukan sedikit waktu tuk melepasmu dari ingatan ibu
tapi adakah berjaya adakah mustahil ibu sendiri belum pasti
n3 mama semalam cukup menguris hati bu
sarah masih mengingati bu
masih menyebut nama bu
kalau bu mampu...ingin sekali bu sambut sarah...tapi semua diluar kemampuan ibu
percayalah sayang kenangan bersama mu tak akan ibu lupakan tetap di sini bersemadi dihati ibu walau di mana sarah berada
hati ibu masih ada sarah
lagi menyayat hati ibu dah tak boleh pandang anak kecil yg sebaya dengan sarah
hanya tanggisan yg mampu ibu lakukan tuk menenangkan hati ini
tuhan....
kau lindungi lah sarah hingga dewasa 
walaupun seketika nnti sarah dah mula melupakan aku
aku tahu dan pasti itu berlaku
kerana ingatan sarah padaku takkan kekal lama
kerana hari demi hari semakin membesar dia pasti lupakan aku
sarah...
situasi yg tak mengizinkan kita bersama
kalau tolenrasi masih wujud kita tak begini
tapi semua ketentuan dari Allah
mgkin ada hikmat disebaliknya selepas ini
hanya doa yg mampu ibu mohon 
agar sarah serasi ditempat baru
dan menjadi anak yg solehah

luahan hati ini bukan niat menguris dan mengaibkan sesiapa
hanya lah luahan semata2 buat sarah
hanya tuk sarah bila sarah dewasa nanti 
itukan kalau situasi yg mengizinkan sarah membacanya
terakhir buat ibu untuk sarah
tiada wang ringgit yg dapat mengantikan tempat sarah
syukur pada tuhan kerana mempunyai abang2 yg membahagiakan ibu
kini
aku perlu redha dan tenang
dengan apa yg berlaku
moga tuhan kabulkan
amin

ketika dirimu masih kecil




keakraban barsama abang


kerajinanmu membantu ibu


tinggal kenangan terpahat di hati

senyuman manismu amat ku rindu
kenakalanmu sepanjang bersamaku

~hadiah dari hati~

No comments:

CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT