Seorang Pemuda dan Orang Tua
Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya pada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?" Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan ?
Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?" Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"
Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur , nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu." Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi. "Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?"
Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya? SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"
Anak Contoh
Dalam sebuah kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya.
"Kamu hendak ke mana? Syurga atau neraka?Siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan...!!"
Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.
Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,"Siapa hendak ke neraka?"
Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi...dengan kehairanan ustaz itu bertanya. "Bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan....habis awak nak ke mana??"
Jawab murid itu,"Saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai dia jemput"
Anak Ular
Anak ular : Ibu kita ni beracun tak?
Ibu ular : Tidak...mengapa tanya?
Anak ular : Saya baru saja tergigit lidah saya!
Nenek Beranak Tua
Dengan kaedah penghamilan yang semakin hari semakin maju, seorang nenek yang lanjut usia telah mencuba utk mengandung dan berhasil. Setelah keluar dari hospital, saudara- mara tak henti-henti berkunjung utk bertanyakan khabar sekaligus utk melihat bayi hasil kaedah tersebut.. Kira-kira ajaib kes ini kerana dah tua-tua pun masih boleh melahirkan.
Suatu hari,saudara lain datang berziarah, kedengaran riuh rendah kata-kata pujian dan gelak ketawa mereka.
"Bolehkah kami melihat anak kamu itu? Sudah tentu comel sekali.."
Sambil tersenyum, nenek tersebut berkata."Boleh... tapi tunggu sebentar ya. " Tanpa menerangkan apa-apa..Setelah 1/2 jm menunggu... saudara tersebut bertanya lagi.
"Bila boleh kami lihat anak kamu itu? Tak sabar rasanya..." Sekali lagi sambil tersenyum " Kejap jer lagi.. " Setelah hampir sejam bayi tersebut masih belum kelihatan..
Saudara2 nya sudah rasa resah."Kenapa susah sangat nak tengok bayi ni? Dah hampir sejam kami tunggu.. kata sekejap saja..Kenapa??? Mana bayi tu..?
Sambil bangun menuju ke dapur "Sabar la.. sekejap lagi bila anak ku menangis dapatlah kalian melihatnya." "Kenapa mesti tunggu sampai dia menangis???" tanya saudara-saudara kehairanan...
"Kerana aku lupa kat mana aku letakkan dia.. " jawab nenek itu dengan selamba.
Tapi Saya Tidak Ada Anak
Pak Mat sedang menerima panggilan telefon misteri dari seseorang. "Anak anda saya culik! Saya minta wang tebusan RM1 juta sekarang juga," kata suara di hujung sana .
Dengan ragu Pak Mat menjawab, "Tapi encik, saya tidak punya anak."
"Kalau begitu bagitahu, anak siapa yang telah saya culik ini, nanti wangnya kita bahagi dua.
Sengau
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas "Vang, vas nih fegi hamfang ke?"(Bang, bas ni pergi Ampang ke?"). Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu . "Kenapa awak diam tadi? Kesian dia."
Pemandu itu pun menjawab "Masham mana haya nak hawab, haya hun hengau hugak, hanti hia hata haya hehek hia hulak!!!" (Macam mana saya nak jawab, saya pun sengau jugak, nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)
Kakak Mangsa
Kawan saya mempunyai anak saudara yang bekerja sebagai wartawan di akhbar harian. Kata kawan saya, anak saudaranya itu memang selalu berlagak dan menjadi 'Ms. Know All' di kalangan kawan-kawan. Apa skill kewartawanan yang diajar dia ikut. Apa yang orang asuh supaya jadi wartawan yang hebat dia ikut.
Dengan kawan-kawan dia selalu berlagak dia saja yang selalu jadi 'first person know everythings'.
Itu belum masuk bab gosip kat ofis, nampak je berjubah tapi keburukan terserlah. Semua orang tahu tapi malas nak layan. Satu hari dia memang dalam waktu cuti, tapi tak suka duduk rumah, maklumlah tiada boyfriend (anak dara tua). Sebaliknya dia memang suka merayau kononya nak cari berita. Secara kebetulan anak saudaranya itu terserempak dengan insiden di tengah jalanraya, dipinggir kota KL.
Orang ramai mengerumuni sesuatu di atas jalan, maklumlah polis belum tiba waktu itu. Anak saudaranya cuba memboloskan diri,menengok apa yang berlaku.Tak boleh.Dia gagal. Orang yang berasak-asak makin menolak kebelakang.
Akhirnya dia dapat satu idea. Katanya 'Tepi-tepi !! Saya akak kepada mangsa. Tepi sikit. Saya akak dia !' kata anak saudara kawan saya. Orang ramai tercengang dan berundur sedikit demi sedikit membenarkan si polan menengok apa yang terjadi.
Tapi orang lain saling pandang-memandang. Eh betul ke si polan tu akak pada si monyet yang bergelempang tinggal nyawa-nyawa ikan, dek kerana kena langgar dengan lori sayur sebentar tadi ?
3 comments:
miahaha.. gaka2 la nak ngaku kakak :p
mmhg lawak dni tapi lawak bodoh..kahhhh
eheheh seronok gak kalo tgh boring2 ni...dan penat berjalan ke blog blog...jumpa yg release skit...
Post a Comment