jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Saturday, April 24, 2010

My Dream Destination

setelah penat bekerja...menghadapi tekanan di kesibukan kota
korang pasti mengimpikan sebuah percutian yang menarik untuk menenangkan fikiran kan..
bagi aku,teringin sangat nak pergi ke pulau-pulau...
selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
kita juga dapat menenangkan fikiran dan berhibur bersama keluarga
apa lagi kalau dapat mengulangi saat-saat berbulan madu berpasangan masing-masing..
sungguh romantik kan...
agaknya bilalah giliran aku untuk merasai semua ini

Destinasi percutian impian aku ingin pergi ke Pulau Sipidan,Sabah..fuhh..kalau korang ingat kembali cerita Duyung...korang pasti teringin ke sana kan...aku terasa jatuh cinta dengan keindahan di dasar lautan pulau itu..terasa aku pulak nak jadi ikan duyung tu....hehe...kalau ke sana paling best kalau dapat menyertai aktiviti dive or at least snorkeling...pelbagai jenis ikan,penyu,kuda laut dan hidupan lain yang boleh kita lihat dengan jelas...apa lagi hidupan di sini sangat manja terutama ikan..kita juga boleh lihat batu-batu karang dengan jelas,,kalau air nya memang jernih ...kebiruan...betapa bersihnya pulau ini ..bayangkan lah pasirnya ibarat tepung...begitu putih sekali...teringin sangat-sangat untuk ke sana...ni kena poket duit tebal dulu..hehehe..tak mustahil aku dan keluarga akan ke sana suatu hari nanti...

sungguh terujakan hidupan laut di sana kan...air hijau kebiruan menjanjikan ketenangan..dan menghargai anugerah yang dikurniakan tuhan untuk kita menikmatinya..

Destinasi percutian ke dua pula masih di Sabah...sebenarnya Sabah kaya dengan pulau-pulau yang indah...
pulau yang berhampiran yang ingin aku pergi ke Pulau Semporna,Sabah...Pasti keindahan semulajadi pulau ini dapat membawa kita melihat dan menyelami sendiri kehidupan masyarakat Bajau di sana... masyarakat asli pun belum pernah aku lihat, inikan masyarakat Bajau kan...mereka biasanya menjadikan laut tempat mereka tinggal..berbanding dengan kitakan tinggal di darat...sungguh indah kalau dapat pengalaman begini dan mempelajari cara-cara masyarakat ini...selain itu kita masih boleh menikmati keindahan dan kecantikkan pulau ini...dapat mandi-manda bersama keluarga dan bermain pasir yang memutih di sini...siapa tahu anak-anak aku dapat membina istana pasir di sini ...

udara yang nyaman dan keindahan tidak terucap andai dapat ke sini...

destinasi yang ke tiga yang ingin aku pergi ke Disney land,Hong Kong..agak jauh sedikit dari Malaysia..teringin sangat-sangat ke sini..di sini dapat mengamit kembali memori zaman kanak-kanak..pelbagai watak kartun yang kita lihat di televisyen terdapat di sini..paling penting anak-anak aku pasti suka dengan keajaiban karakter-karakter terkenal Disney yang terkenal,seperti Mickey &Minnie Mouse,Goofy,Donald duck,WinnieThe Pooh dan sebagainya..paling penting teringin nak tengok Cindrella.selain itu,Disneyland Hong Kong mempunyai taman bermain  di MAIN STREET..Sungguh sesuai untuk anak-anak aku...terasa seperti di alam kartun..best kan...di sini lengkap dengan bangunan yang cantik dan berkelip-kelip di waktu malam...segala-galanya ada di sini...tak sabar untuk melihatnya sendiri...

seolah-olah kami berada ai alam fantasi andai ke sini...

bestnya andai semua tempat destinasi idaman kita akan tercapai suatu hari nanti..tidak muntahil semua ini akan tercapai andai kita berjimat cermat dari sekarang dan dapatkan pakej yang menjimatkan untuk ke sana...dan semestinya untuk ke sana aku akan menggunakan perkhimatan MALAYSIA AIRLINES (MAS)...
kenapa???mungkin itu di benak korang kan...kerana MALAYSIA AIRLINES (MAS) menjanjikan pakej-pakej perkhidmatan yang menarik,mengutamakan keselesaan pelanggan,memberi keutamaan kepada gologan OKU...makanan yang sedap dan berpatutan...pakej ke destinasi impian yang murah..dan pastinya MAS merupakan penerbangan pertama di MALAYSIA yang mempunyai pengalaman yang lama dalam perkhidmatannya...dan menjanjikan kepuasan kepada kita sepanjang penggunaannya dengan layanan mesra pramugari2 yang cantik manis(yang ni kaun lelaki lebih teruja)kahhh.. ..alahai panjang plak aku naip neh..apa-apapun MAS tetap no 1....



perkhidmatan MAS mengutamakan hak anda sebagai pelanggan...

fuhhhh....lotih den naip neh....rehat sekejap kita tengok video project alpha seisi 4- 6....aku lapar dab dahaga nak minum air dan makan nasi jap..korang layan video dulu...dan kalau boleh kongsikan sedikit pengalaman korang andai korang pernah ke destinasi impian aku atau pun korang cerita laa destinasi impian korang yerk..di komen ku laa....share yee...

Project Alpha season 2 episode 4





Project Alpha seasan 2 episode 5



Project Alpha seasan 2 episode 6



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported byP1 and MAStraveller.com

3 comments:

el said...

mmg sabah tmpt pecutian yg mnarik lgpun aku pun teringin nak gi sn..ko sponsor yek?hehehehe

ooo masok projek alpha eh

LYaFRINA said...

pulau sipadan... cun..

pulau perhentian pon lawo gop..

ada satu pulau g.. PULAU TEMPURUNG..(TAU DOP KAT ANER??) HEHEHHEHEHE..

ibu_Arifa said...

bestnyer kalo dapat ke sana..moga impian akan jd kenyataan nnt yer kak..

CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT