jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Wednesday, April 14, 2010

aku jatuh cinta lagi

tik..tok..tik..tok...
setiap jam 3 petang setiap isnin hingga khamis mmg wajib aku ngadap depan tv
kerana apa yee...???
aku bukan kaki tv tau
tapi hati aku dah jatuh cinta sekali lagi
tau
dengan cerita ni
hero dan heroin yg indah dipandang mata
lakonan mereka yang memang kadang kala kelakar dan mencuit hati buat aku sukakan lyka dan naoh..
kalau dah tengok cerita ni sure aku tak berganjak punya
kalau nak p tandas pun aku tunggu iklan
sampai cam tu sekali
hehehe
kalau korang tak caya tengok laa sendiri..
aura pelakonnya mmg kuat laa
mmg tak salah cerita ni glamour kat filipina..


sinopsis
Ekoran sambutan yang luar biasa di Filipina, “SHE – WOLF” telah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Piolo Pascual) di Star Awards for Television 2008. “SHE – WOLF” juga dipilih sebagai program TV yang paling digemari di Anugerah Anak TV Seal 2008 dan dinobatkan Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Gawad Tanglaw 2008. Selain itu, “SHE – WOLF” juga terpilih sebagai Telenovela Terbaik di Festival BANFF World Televisyen 2009 yang merupakan satu-satunya pencalonan drama bersiri dari Filipina yang bertanding dengan 800 pencalonan dari 29 buah negara lain.
Pelakon wanita utamanya, Angel Loscin pula berjaya dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Emmy ke -37.
Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3, “Slot Telenovela di TV3 popular dengan siri drama dari Latin Amerika dan Sepanyol seperti Rosalinda yang pernah mencipta fenomena. Pada tahun 2010, Telenovela akan menjalani pembaharuan dengan memperluaskan pemilihan siri ke serata dunia. Sebagai permulaan, TV3 telah memilih siri drama tagalog, She-Wolf yang mempunyai jalan cerita yang menarik, pengembaraan yang mendebarkan dan juga kisah cinta yang menyayatkan hati.”
Drama bersiri selama 60 episod ini mengisahkan tentang Lyka, seorang gadis jelita yang memulakan kerjayanya sebagai pembantu peribadi kepada pereka fesyen yang tersohor, Lady Elle. Noah ialah seorang Leftenan yang bijak dan mahir dalam peperangan. Noah menjalani misi penyamaran sebagai pengawal peribadi kepada Lady Elle untuk menyiasat operasi House of Elle dan organisasi gelap ‘Waya’.
Lyka dan Noah telah bertemu dan jatuh cinta. Namun, takdir mereka bakal memisahkan dua hati muda yang tulus ini. Sebenarnya, Lyka berasal daripada keturunan serigala jadian dan dia akan mengalami transformasi menjelang hari jadi yang ke 21. Malah, Lyka juga perlu akur kepada takdir dan amanat dari keturunannya yang menuntut Lyka sebagai pengawal dan penyelamat kepada keturunanannyan serigala jadian. Noah pula terpaksa menyertai organisasi Luna dalam pelaksanaan misi menghapuskan serigala jadian.
Adakah Lyka dan Noah akan meneruskan percintaan mereka meskipun pelbagai rahsia, pengkhianatan dan kejahatan yang menyelubungi mereka? Sampai bilakah mereka sanggup menghadapi takdir yang ingin memisahkan mereka? Ikuti Telenovela ‘She -Wolf the Last Sentinel’ mulai 23 Mac 2010, setiap Isnin hingga Khamis, 3.00 petang di TV3.

View Image
i like lyka n naoh
cute couple..
love uu...

8 comments:

CIKGU NAMAN said...

mesti banyak 'naman' disebut..haha

el said...

ko xpelah x keje..kami ni nk nengok cm mn..tp aku tgk adamaya tu..syok kelakar

LYaFRINA said...

bestnyer blh tgk citer ni...
huhuhuu..lya ni kat opis.. nok tgk gane.. hero hensem..tp kalo la heroin tu ambik cristine hermosa..lg cun.. heroin pangako sayo...

miemiey said...

naman~banyakkkkkkkkkkkkkkk...tapi aku tak paham lelaju dia cakap...hehehe

el~cian kak ko kak tak leh tengok..takpe layan adamaya mmg best kelakar kan..syok kan...

miemiey said...

naman~banyakkkkkkkkkkkkkkk...tapi aku tak paham lelaju dia cakap...hehehe

el~cian kak ko kak tak leh tengok..takpe layan adamaya mmg best kelakar kan..syok kan...

miemiey said...

lya~mmg best lya..hero heroin comey kan..tapi gandingan mantap dia ni kalau heroin pangako sayo tu tak sesuai..sbb heroin ni kelakar gelabah ..hehehe....mgkin khas tuk kaum suri rumah cite ni..kl dia buat malm siaran pasti semua leh layan kan...

Redbloodsnow said...

eeee...nak download citer tuh kat youtube ah nnti..hehehe.

miemiey said...

redbloodsnow~jom pakat download.....best cite ni...

CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT