jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Thursday, July 01, 2010

Lelaki mati dibunuh hingga terkeluar otak

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati dibunuh dengan kejam sehingga terkeluar otaknya di sebuah rumah teres di Kampung Laksamana, Selayang di sini hari ini.
Dalam kejadian pada jam 9.45 pagi itu, Amir Khan Abdullah @ Balwant Singh a/l Sarjan Singh, 53, ditemui di atas tilam dalam keadaan berlumuran darah dengan tujuh tikaman di kepala dan tiga tikaman di dada sebelah kiri.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kepala dan muka sebelah kiri mangsa turut dihentak dengan menggunakan objek keras dan tumpul sehingga menyebabkan darah terpercik dan terkeluar otak. "Polis menerima panggilan dari adik lelaki mangsa berusia 47 tahun bahawa Amir Khan ditemui mati di dalam rumah. Polis bergegas ke rumah berkenaan dan menemui mayat mangsa di atas tilam dalam sebuah bilik.


"Banyak kesan darah terpercik ditemui di dinding tempat mayat mangsa ditemui, mangsa dipercayai bergelut dengan seseorang sebelum dibunuh," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemui dengan kepala ditutup dengan bantal dan hanya memakai seluar pendek serta tidak berbaju.


"Polis menahan adik lelaki mangsa bagi membantu siasatan dan menemui sebilah pisau sepanjang 31cm di bawah tilam di biliknya," katanya.


Abdul Rahim berkata, mangsa dan adiknya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, tinggal berdua di rumah itu dan keadaan rumah berkenaan berselerak dan kotor seperti sarang penagih.


Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati Amir Khan mempunyai dua rekod jenayah membabitkan dadah dan mencuri manakala adiknya mempunyai satu rekod jenayah mencuri.


Mayat Amir Khan dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.-Bernama



dah naik  heran manusia makin tak menghargai nyawa sesama sendiri

3 comments:

yoro okino said...

kejam betol!

miemiey said...

yoro~hai deq..lama x berblogger ngan adeq kan..mmg kejam kan deq,moga2 mereka akan trima balasan dari allah seadanye......amin.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

nyawa sekarang sangat murah huhu

CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT