jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Saturday, August 29, 2009

TIP UNTUK WAHAI BAPA N SOMI DIBULAN INI...


Salam ramadhan..kat sini aku nak kongsi sedikit tip tuk tatapan para bapa..korang bagitau kat somi masing2 yer..mana ada kaum bapa kans kat sini yg skodeng blog aku..okey..kat sini aku pamerkan 8 tip lelaki meraikan Ramadan dan pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga sepanjang bulan suci ini.Harap baca yee.....


1) Kaedah pertama ialah menimba ilmu. Sebelum menempuh Ramadan, belajarlah ilmu fiqah. Apabila kita berpuasa dengan ilmu dan falsafah betul, barulah dapat dirasai kelebihan Ramadan. Silapnya, apabila kita jadikan ibadat berpuasa sebagai ‘adat’ dan kerana itulah ia dilakukan atas faktor ikut-ikut saja.

2) Sambutlah Ramadan dengan hati. Anggaplah Ramadan sebagai kursus rohani serta mencapai kemuncak hati apabila melaksanakan ibadat Ramadan.

3) Pupuk dalam fikiran bahawa Ramadan itu akan berjaya jika kita berjaya merebut keberkatan bulan ini. Ini dinyatakan dalam tiga peringkat iaitu hari pertama hingga ke-10 yang memberikan limpahan rahmat; hari ke-11 hingga ke-20 dikurniakan keampunan manakala hari ke 21 hingga hari terakhir terhindar daripada seksaan api neraka.

4) Lelaki sebagai ketua keluarga perlu melaksanakan tanggungjawab mengajak seisi keluarga berpuasa. Bagi anak-anak yang masih kecil, pujuk mereka untuk berpuasa, bukannya memaksa mereka.

5) Lahirkan budaya bersedekah dalam keluarga. Memberi makan dan minum juga adalah cara untuk menyempurnakan nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga.

6) Berbuka bersama-sama - ini dapat menyuburkan kasih sayang antara ahli keluarga. Sebagai bapa, bawa keluarga menunaikan solat tarawih kerana ibadat ini dapat melahirkan jiwa hamba dalam diri kita semua.

7) Sepanjang bulan berkat ini, elak pembaziran terutama ketika membeli juadah berbuka. Seperti yang kita maklum, tidak elok makan berlebihan. Boleh makan dengan banyak, tapi biarlah berperingkat-peringkat.

8) Apabila berbuka puasa, jamah sedikit makanan dan terus menunaikan solat Maghrib. Selepas solat Maghrib, bolehlah menikmati makanan yang agak berat tapi usah terlalu berlebihan hingga menghalang kita melakukan solat Tarawih. Selesai tarawih, bolehlah menikmati makanan seperlunya. Harus diingatkan, makan berlebihan juga boleh memudaratkan.

CERAI



Bercerai hidup atau mati dalam sesebuah perkahwinan hakikatnya adalah satu ketentuan yang tidak dapat dielakkan dan menerimanya sebagai takdir Tuhan.

Namun apa yang mungkin ramai tidak sedar atau tidak tahu sebenarnya perpisahan membawa kesan kesihatan yang signifikan pada isteri atau suami yang ditinggalkan biarpun selepas mereka berkahwin semula.

Malah kajian oleh para penyelidik Barat juga menunjukkan impak daripada perpisahan itu dirasai sehingga bertahun-tahun sama ada dari segi emosi mahupun kesejahteraan keseluruhan individu tersebut.

Ia terus dirasai walaupun individu tersebut mungkin sudah mampu meneruskan kehidupannya dengan menemui ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan baru.

Kajian terbaru itu telah membuktikan bahawa perceraian menjejaskan kesihatan walaupun jika mereka sudah berkahwin semula.

Mereka yang bercerai atau menjadi balu menghadapi risiko dilanda masalah kesihatan yang kronik seperti menghidap penyakit jantung, diabetes, atau kanser 20 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang kekal dalam perkahwinan.

Mereka juga menghadapi 23 peratus lebih tinggi masalah mobiliti termasuk kesukaran untuk memanjat tangga atau berjalan biarpun pada jarak yang dekat.

Kajian juga mendedahkan bahawa dengan mencari pasangan baru tidak banyak membantu mengembalikan kesihatan mereka.

Mereka yang berkahwin semula masih berdepan masalah kesihatan kronik 12 peratus lebih tinggi dan masalah mobiliti (19 peratus) berbanding mereka yang kekal dalam perkahwinan.

Adalah dipercayai bahawa bercerai atau menjadi balu menjejas tahap kesihatan disebabkan kemerosotan dari segi pendapatan, tekanan melampau dan kesedihan yang berpunca daripada isu-isu seperti penjagaan anak dan kewangan.

Bagaimanapun kesan buruk disebabkan tekanan melampau lebih ketara - daripada masalah sistem kardiovaskular hinggalah kepada sistem imun - dan berterusan sehingga bertahun-tahun lebih-lebih lagi apabila individu tersebut sekali lagi dilanda kesedihan.


Para penyelidik Universiti Chicago dan Universiti Johns Hopkins, Baltimore, Amerika Syarikat, baru-baru ini membuat kajian terhadap 8,652 orang berusia antara 51 hingga 61 tahun.

Perkahwinan pertama

Tiga per empat daripada mereka masih berkahwin dengan 55 peratus perkahwinan pertama dan 20 peratus berkahwin semula, manakala 22 peratus pernah berkahwin tetapi sudah berpisah. Kurang daripada empat peratus responden tersebut belum berkahwin.

Dan daripada jumlah mereka yang pernah berkahwin tetapi sudah berpisah, 69 peratus tinggal berasingan atau bercerai dan 31 peratus kematian suami atau isteri.

Purata usia pertama kali berkahwin di kalangan mereka yang telah bercerai atau menjadi balu adalah 21 tahun. Mereka menghabiskan purata 25 tahun hidup berumah tangga dan 9.5 tahun hidup selepas bercerai atau menjadi balu

Para penyelidik juga memeriksa tahap kesihatan responden dalam aspek jumlah penyakit kronik yang dihidapi seperti diabetis, penyakit jantung, penyakit paru-paru, kanser atau strok dan tahap mobiliti (kebolehan bergerak).

Turut diperiksa ialah simptom-simptom kemurungan dan ditanya tentang bagaimana mereka menilai tahap kesihatan mereka sendiri sama ada cemerlang, sangat baik, baik, biasa atau rendah.

Kajian mendapati bahawa tahap kesihatan mereka yang berkahwin semula atau kumpulan yang sudah bercerai sangat teruk berbanding mereka yang masih dalam perkahwinan.

Responden yang tidak pernah berkahwin mempunyai masalah mobiliti 12 peratus lebih tinggi berbanding yang mempunyai pasangan dan 13 peratus lebih tinggi bagi simptom kemurungan.

Ahli Sosiologi dari Universiti Chicago yang juga penulis bersama kajian tersebut, Profesor Linda Waite, memberitahu kehilangan suami atau isteri berpunca daripada perceraian boleh menyebabkan tekanan melampau selama berbulan-bulan atau bertahun sehingga menjejaskan sistem peredaran di dalam tubuh badan.

Beliau berkata: "Tekanan menjejaskan sistem imun adan dan membawa kepada peningkatan keradangan. Sekarang kita andaikan bahawa keradangan itu boleh menjadi punca kepada penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung) dan jenis kanser tertentu.

"Bertambah teruk jika pada tempoh ini biasanya individu tersebut tidak mengambil peduli atau menjaga keadaan dirinya. Tidak makan atau bersenam dengan betul.

"Individu tersebut juga selalunya tidak cukup tidur dan kehidupan sosial juga terjejas lebih-lebih lagi jika perpisahan itu dirasakan cukup menyeksakan. Mereka kehilangan kawan dan ipar duai yang selama ini menjadi tempat mengadu.

Bagaimanapun Waite menegaskan bahawa walaupun perceraian atau menjadi balu membawa risiko kesihatan tetapi ia tidaklah sampai ke peringkat umpama 'hukuman mati'.

"Jika anda menjaga diri dan mereka yang di sekeliling ada turut menyokong, anda mungkin dapat meminimumkan kerosakan itu," katanya.

Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa perkahwinan mempunyai kaitan yang positif pada kesihatan dan kesejahteraan seseorang itu dalam jangka masa panjang.

Kajian oleh Cass Business School di London pula mendapati bahawa lelaki yang kematian isteri menghadapi risiko untuk mengikut 'jejak langkah' pasangannya enam kali lebih tinggi dakan tempoh 12 bulan dan angka itu dua kali ganda bagi wanita.

Lebih 42 peratus perkahwinan di Britain berakhir dengan perceraian.
**************************

FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN


Kelebihan Solat Tarawih Malam kesembilan

~Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w..~jom solat~


Friday, August 28, 2009

malam kelapan

FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN


 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan 

~Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.~jom solat~

hari ini dan semalam

pepagi lagi pas sahur daa buka blog,

niat dihati nak jenguk kekawan,

lama dah tak sempat nak baca n3 korang,

aku sempat update aku punya n3  daa kira ok,

dengan semangat yang tegar aku nak baca semua arini,

tapi sampai separuh aku daa kecundang,

bayangkan laa apa yg aku skodeng dari jam 6 sampai jam 10,

tak sudah2 juga aku mengomen,

tgl separuh lagi blog kekawan yg tak sempat aku terjah,

mata aku daa tatuk..pinggang daa lenguh,,kepala daa berat..cam jawab soklan matematik,

solly kekewan..nanti aku sambung balik terjah korang,

pas ttp laptop ni bukan aku leh sambung tido,

aku kene kemas umah,lipat kain 10 bakul dlu..,

kejap lagi nak balik umah mak aku,

kene punggah baju 5 beg nak bawa bekal..,

aduiiii..sape suh aku tak tidur tadi..,

tulaa korang tau aku semangat tul rindu korang,,

sebab tu aku skodeng korang,,,

okeylaa,,aku dah nak pi niiii...,

aku nak pi minum air..dahaga..aku cuti daa..

bendera kebangsaan aku dah naik,,semangat merdeka pun adoiii,

sambil tu korang layan apa aku dan family mkn semalam..dan sahur tadi,

tengok dan komen apa yg patut yee,

kasi semangat yg lebih kental kit tuk aku yee...

okey..tata..yeee..........berapa banyak yee daa....

 

inilah menu berbuka semalam nasi sup...telur dadar dan ulam timun cicah sambal lada bawang...simple je aku masak semalam....


ayam goreng kunyit...aku goreng tuk sahur tadi....


mirinda ini ditaja khas oleh cik hubby..sape lg nk belinya kans...hehe...


Thursday, August 27, 2009

award..award..award..

award yang lawa ni aku dapat dari RYN dan MAMADIRA..aku dapat sekali gus dari diorang..so kene jawab laa kans....hihi...mekasih byak2 Ryn dan MAMADIRA kasi ni tuk miemiey....
1. letakkan logo award ini ke blog anda.

dah tempek daa... 

2. anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra...

10 je ke???aku nak kasi semua member blog aku ni yee...kepada sesiapa yg berkunjung ke blog aku ni..sila2 kan amik yee jgn segan2 plak...buat cam umah cendiri jee...  

3. menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.

bagi aku laa kans..semua member blog aku suka..aku hargai korang semua yg sudi kawan dgn aku...thanks all....aku malas nk tulih satu persatu...kat cni udah laa.yee..hehehe..(jgn mare ryn dan mamadira  yee)


4. informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

ni pun aku malas..so kepada sesiapa yang terbaca korang pandai2 ambik cendiri yee....ramai sgt aku tak larat ....huhu....

5. berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini..

ermmm....
untuk ko RYN DAN MAMADIRA...... aku nk ucap teme kaceh sebab kasi anugerah ni...ingt juga kat aku walaupun kita baru mengenali dan tak pernah bersua...selamat berpuasa yee..dan harap persahabatan ini akan lebit terjalin lagi....

lagi award aku dapat....

award dari eryn..mekacih yee akak yg comey kasi ni.....


award yg comel dari eryn..daa berkurun lama aku perap....solly yer...

so award ni aku kasi kat korang juga ye yg berkunjung ke blog aku... ambik laa yee..buat lawa blog korang....aku tak pilih kasih so sape 2 meh ambik jee.....


FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN


~Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh 

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.~jom solat~

Wednesday, August 26, 2009

fadhilat tarawih malam keenam

FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN


~ Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam 

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.~jom solat~

Tuesday, August 25, 2009

berbuka sebentar tadi....

walaupun aku duk melepaskan tension bosan petang tadi laa kans,,hihi,,tapi tulah mood tuk masak for my family totap mantain...kalau aku mogok masak gak, ala cian kat my hubby and son nk makan apa berbuka kans...so juadah berbuka puasa sebentar tadi ialah cuba teka???ala tgk je gambar kat bawah ni apa tu??haa..pandai pun korang tu namanya nasi lemak...hihi...berlemak lagi aku ni mkn ni..huhu...lauk tuk nasi lemak ni aku buat tumis ikan bilis je..tak sompat nk bli ikan tongkol...ganu kata ikan ayee...yg dlm mangkuk tecik tu daging masak merah.....so lauk tu aku kahwinkan je mkn ngn nasi lomak...mmg tak sedor abis sepinggan makan tadi....nasi lemak ni nanti sahur panaskan kembali..ok laa cik hubby daa pulang dari tarawih(aku off mlm ni ..bendera daa naik potang tadi)huhuhu...cik hubby nk makan bubur kacang laa plak..aku ingat nk buat esok tapi cik hubby nk juga mkn malam ni..katanya windu nk makan sesangat..ok aku pi masak dulu..tak sempat nk jenguk blog korang nnti aku sambung skodeng blog korang nanti yee...


3 dlm 1

Sempena HARI WANITA hari ini,aku tujukan lirik  ni khas untuk semua wanita  yg berkunjung ke blog aku....hargailah diri anda sebagai wanita...sesungguhnya dirimu begitu berharga..cewahh..cam iklan tv plak..qiqiqi.....selamat hari wanita yee.....

Tajuk/Lirik Lagu: Wanita
Penyanyi: Siti Nurhaliza

huuuu…

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Korus) (2x)

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…

*****************************************

Sempena menyambut ramadhan baru2 ni aku menerima beberapa keping kad dari member blogger...cantik kad2 ini..mekacih ye korang kasi kad ni untuk aku...yelah ada juga kekawan yg ingat kat aku kan...nanti nak raya kasi kad raya tau..hehehe...sorry lambat aku tempek kad korang sbb aku kesibukan sikit..huhu...tapi korang tetap dihatiku.....senyumlaa...haa cam tu laa...

~e-cad dari IEDA~



~e-cad dari NOORSYA~


~e-cad dari kak LIYANA~


~terima kasih ye kepada teman-teman kerana sudi memberi e-cad salam ramadhan kat miemiey yee...ingat juga korang kat miemiey walaupun baru mengenali diri ini...terharu sangat..huhuhu...selamat menjalani ibadat puasa untuk semua,semoga amalan yang kita lakukan diterima oleh ALLAH~

FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN


~Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima 

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.~jom solat~

bosan

Apa korang akan buat kalau mood korang akan jadi begini?????cuba share ckit dgn aku...dari pagi tadi sampai sekarang aku jadi cam kat bawah ni...ke aku penat ..ke bendera merah,biru,putih,kuning nk naik..kan nk merdeka daa ni..huhuhu....tapi aku mmg nk gelak sakan dgn anak aku si Danish..masa aku duk update n3 ni..ank aku sempat jenguk kat sini..korang nk tau tak apa ni kata???nk tau tak...dia tya aku..ibu ni,nak jadi gila dah ke..letak gambar cam gini..alahai...anak manja ibu..memang buat ibu gelak sungguh..hahaha.....ok..laa...aku pergi dulu yer...manyak keje lagi yg belum selesai....selamat berpuasa yee......2 jam lagi cik hubby akn pulang keje...harap2 mood ni akn ilang....


Monday, August 24, 2009

HARI MERDEKA DI SEKOLAH

Hari khamis lepas,sekolah Ayie mengadakan Hari Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan..jadi Ayie tak ketinggalan untuk masuk pertandingan...pada mulanya Ayie masuk 2 acara..iaitu pertandingan menyanyi lagu patriotik dan pakaian beragam..nk pecah kepala jua memikirkan apa yg nk dipakai..leceh tul aku pkir..lastnya aku ingt nk p cari baju askar je..kan merdeka...sesuai tu kot temanya..tapi lastnya tak jadi ..cikgu kata ayie kene pilih satu je acara tak leh banyak2 bg peluang kat pelajar lain...so nyanyi je Ayie kan senang..hafal punya hafal lagu tu...sampai naik pekak telinga aku..sekali dgn aku pun nyanyi sebab kasihan tgk Ayie nyanyi pitcing lari daa...aku jadi cikgu vokolnya..qiqiqi...akhirnya dapat laa no 3...jadi laa Ayie ...alhamdulilah..dapat hadiah kat bawah ni...tu....ada tu,,,,,meh kita tgk apa hadiahnya....walaupun tecik je..tapi kan bukan senang nk dpt no 1,2,3 kan..huhuhu...ni daa kira ok usaha Ayie menghabiskan bekalan suara nya...sorry laaa lambat kuarkan n3 ni..pasal byk sgt n3 yg ptt didahulukan...hihihi...mcm best sgt n3 aku selama ni...layanzzzz je laaa......................sebelum aku chau dlu marilah kita semangat ckit nk sambt merdekakan...ikut aku laungkan ni..MERDEKA!!!MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!pastu ikut aku nyanyi plak...TANGGAL 31 BULAN 8 ..57.....................(sambung cendiri yer,aku dah ponat ni pose kan,,,,huh..huh...huh...)semput...............

p/s::sebelum aku out aku nk ucapkan tahniah pada member rapat aku sejak form 4 n 5 selamat melahirkan ank perempuan pada hari sabtu..iaitu tak lain ayu slamzer tapi kat dlm blogger ni dia lebih dikenali dgn nama oya aloya.................ayu siot tgu aku g umah mu ye...nnti aku alik kemaman laa..............jelous aku kau dapt girllllllzzzzzzz..alhamdulilah, kau dan ank kau selamat....

inilah hadiahnya...sekotak pensel..cantikkan, berwarna-warnikan...


Ayie yang sedang syok menilik hadiah apa yang dia dapat...walaupun kecik je hadiahnya namun Ayie tetap puas hati setelah bertungkus-lumus menghafal lagu patriotik...bukan senang tau.... 


                                                                            

  ************************************************

Fathilat Solat Terawih


FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN

~Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat 

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

~jom solat~

Sunday, August 23, 2009

juadah berbuka dan sahur

haa...kat bawah ni adalah juadah berbuka puasa dan sahur kami sekeluarga semalam...aku masak ckit je walaupun korang nampak byk..qiqiqiqi..tapi gulai ayam tu aku masak byk sampai kesahur aku panaskan yg ni je.....kl diikutkan si Ayie ni nk makn nasi minyak..ciannya dia..separuh hari dh pose letih aku tgk..tapi alhamdulilah ayi pose penuh semlm,,si adik baru start arini sebab semlm dia taknak bgun sahur,dah tengahhari tak tahn lapar terus minta nasi ngn aku...kasihan juga aku tgk Danish bila time aku suapkan roti Maisarah,dia tgk semacam je..dia siap tya nape Sarah tak puasa?Aku jawab cam ane adik nk pose ,adik tecik lagi..puting pun tak boleh ilang..cucu lagi..qiqiqiqi..mujur dia faham...harap2 sampai ke petang Danish dpt bertahan...aku bukan apa cuma nk melatih anak2 berpuasa,kl dah besar susahlah nk ajarkan...okiss meh tgk juadah berbuka puasa kami semlm..tgh2hari ni jgn korang terliur plak..qiqiqi

*

**

***

****

gulai ayam peberet hubbyku...kl mkan ni sampai menjilat jarilah cik hubby ni...qiqiqi...ini merupakan menu utama kami smlm tuk berbuka dan sahur juga...yg lain kat bawah tu aku buat ckit je...hanya tuk berbuka..tak nak membazir ..alhamdulilah sapu bersih semuanya...semuanya berasaskan ayam.........


sup ayam for my son...aku buat ckit je ni...membazir plak tak habiskan..


rendang ayam pes kari(belum raya daa ada rendang)


kobis goreng kicap


ice-cream for my son..aku pun nak jugak..hihi..


air tebu ais, peberet hubby


soya ais yg hubby beli tuk aku..


*********************************


FADHILAT  SOLAT  TARAWIH  PADA  BULAN  RAMADHAN 
~Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.~JOM SOLAT~


Saturday, August 22, 2009

1ST TAG /AWARD

        Award ni dari teman blogger aku yg namanye TEHA..ni la first aku dapat award spanjang berblogger..TQ TEHA..huhuhu..nk banyak macamnakan baru berjinak2 ngan dunia blogger lah katakan...n TAG ni pun aku baru dapat...x pernah lagi kene tag stakat ni,,n apalagi hari ni pon x sbuk sgat..so terjawab sudah tag yg diberi..........................................................


1) Copy award dan pastekan di blog..
 BEREEEHH DOSS...

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini -  
 
~TEHA BAGI AKU LAH YERK...ERM SEORANG YANG MMG CANTIK.. 

~MEMPUNYAI SIKAP PENYAYANG

~MATA YANG MENAWAN..AKU SUKA TGK MATANYA...

~WANITA YG SOLEHAH DALAM MENJAGA AURATNYA

~BAIK HATI

~CUKUP 5 DAA YER SBB AKU BARU MENGENALINYA...BG TAU BYK2 TIPU PLAK JADINYA....YANG KAT ATAS TU SETAKAT TU JE AKU DPT MENILAI KAU TEHA SEPJG AKU PRIEND NGN KAU..HIHI..

3) Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

~AKU MEMPUNYAI SEORANG SUAMI(TAKKAN 2 PLAK)MOHD NAZIR NAMANYA..USIA DAH 30 TAHUN..

~AKU ADA 2 CAHAYA MATA,KEDUA-DUANYA LELAKI..PLG SULONG BERNAMA MUHAMMAD HAIRIL NAZRI DAN ADIKNYA PULA MUHAMMAD DANISH DANIAL

~AKU MMG PEMINAT SETIA DATO SITI NURHALIZA SEJAK 1996.....SKRANG DA KURANG SKIT DAAA....

~AKU GEMAR MENONTON WAYANG WITH MY FAMILY(SKRG DAH KURANG TKUT H1N1)AKN SAMBUNG KEMBALI BILA KES NI DAH HAPUS..HUHU..WINDU TUL AKU...

~AKU SUKA MENYANYI..TU LAA INGT NK UJIBAKAT TAPI DAH SENJA..HAHA..JGN DIPERCAYA...AKU SEKADR ILANG BORING JE DLM TANDAS..

~AKU MEMPUNYAI SEORG ANK ANGKT YG AKU JGA SEJAK UMO 2BLN...MAISARAH NAMANYA...SIANG JE AKU JAGA..MLM MAMA DIA AMBIK..HUHU..

~AKU SUKA WINDOW-SHOPPING(BERSHOPPING KL ADA DUIT LBH PUN AKU SUKA)

~AKU SUKA MAIN TENET...TGK BLOG ORANG,KEJE AKU SKODENG JE..

~APA LAGIK YERK???KL NK TAU DLU MASA SEKOLAH AKU MMG NK JADI DOKTOR(EHH.NI KIRA FAKTA GAK HEHE..)TAPI TAK JADI..HUHU..ALHAMDULILAH CITA2 TU KINI DIWARISI ANK AKU SI AYIE...AKU DOAKAN SGT2...YG AMAT2...

~CUKUP ARR 9 JE KAN... 

4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:Soalan seterusnya. 

~MAMA SARAH(AIN)~MAMA KEPADA SARAH N SATU OPIS NGN MY HUBBY~

~AYU SLAMZER(KL MU DOK BANOK LAGI BUAT YER)~MY BEST FRIEND FORM 4,5 N SLH SEORG GENG SLAMZER(GENG AKU LAA)~~

~RYNA~SEKELAS DGN AKU MASA FORM 4 N 5~

~ALYANNI~MEMBER BLOG YG SUKA MENGOMEN~

~YATI~MEMBER SKULL AKU DLU,KELAS SEBELH JE~

~KAK NITA~KAKAK YG CERIA N PELAWAK BG AKU~

~ZAK APEX~MEMBER SEKOLAH YG KECOH~

~W.NORASHIDAH RAZAK~MEMBER BLOG SEBELAH UMH MAK AKU~

~KAK IYANA~KAKAK YG BAIK ,BARU JE AKU KENALI~

~NASRIF~MEMBER BLOG YG MASIH DLM PANTANG N ADA ANK GIRL YG CANTIK~

(KEPADA YG LAIN PUN BOLEH BUAT TAG NI TAPI KAT CNI SUH BG 10 ..KL IKUTKAN AKU NK BG SEMUA...)BUAT JEE...

1. Nama timangan anda?

~MIEMIEY

~MIEY(KENALAN RAPAT DAN HUBBY PGL)

~IBU(ANAK2 AKU YG PANGGIL)

~KAK LONG (MAK AKU PGL)

~MAK ALANG(ANK CEDARA PGGIL)

2. Anda Seorang Yang?

~SENSITIF KL ORG CAKAP KASAR

~RAJIN KOT..HEHEHE..

~AKU TAK SUKA BERSEPAH

~AKU MGKIN SEORG YG PEMBERSIH(SBB AKU AKN MELENTING BILA KOTOR)

~ALAH ASAP ROKOK

~CUKUP LAA YG LAIN KORANG NILAI SENDIRI

3. Insan Yang Teristimewa? 
~MY HUBBY, MYSON, MY FAMILY ;)

4. Lagu Kesukaan? 

~PALING AKU SUKA...DISINI KU BERJANJI(DATO CT)

~SEMUA LAGU DATO CT(HEHEHE 

5. Makanan Kesukaan Anda? 

~KUEW TEOW TOMYAM

~ASAM PEDAS MAK AKU MASAK

~NASI DAGANG

6. Sikap Yang Membuat Anda Stress?

~BILA UMH BERSEPAH

~BILA AKU PENAT LAA

~TAK CUKUP TIDUR 

7. Warna Kesukaan Anda?
~MERAH 

8. Benda yang mesti ada dalam beg?
~HANDPHONE,HANDBAG,IC AKU,LIPSTIK,KRIM PELEMPAP MUKA,KUNCI RUMAH.,TU JEE... 

9. Kali terakhir anda menangis?

~SEMALAM KOT..HUHUHU...SAYU HATI FIRST RAMADHAN...


Fathilat Solat Terawih  MALAM KEDUA

FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua ..
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
~JOM SOLAT


Friday, August 21, 2009

MENCEGAH LEBIH BAIK DRPD MENGUBATI

Bak kata pepatah melayu mencegah lebih baik daripada mengubati.Sekarang ni penyakit H1N1 semkn bertambah,begitu juga kes kematian.Jadi aku mesti ada inisiatif diri untuk family aku bg mengelak drpd  penyakit ini.Selain ,memakai topeng dan menjaga kebersihan ,aku juga mengamalkan dgn makan buah epal hijau..agaknya apa pula pilihan korang yer???meh kita tgk kat bwh ni kaedah2 yg lain pula:-

1)Gabungan habatus sauda dan bawang putih.Kedua-dua bhn ini merupakan anti-viral dan antibiotik alami.Gabungan HS dan BP akn memberi kesn penyerapan ke sistem imunkita 10 kali ganda jika ambil berasingn.

2)Minyak kelapa dara-bhn diberi bayi berusia 4 bln keatas.Sukatan org dewasa 3 sudu mkn sehari.Bayi -setengh sudu teh 3 kali sehari.

3)Herba jintan putih jika dibuat teh minuman ..ia juga sesuai bg yg mengalami selsema dan demam.

4)Buah epal hijau 6 biji sehari.Selain itu,buah seperti jambu batu,oren dan roselle juga sesuai bagi mengantikan epal..epal mempunyai kesan alkali membunuh virus ,sifat sedatif,membantu pemulihan luka ,menghalang sembelit.Epal juga merupakn sumber tenaga dr gula yg mdh serap,pektin dlm fiber terlart membntu dlm mengurangkn LDL dlm kolestrol, bersft isotonik dan membantu hidrasi dn bersifat laksatrif.

5)Air kelapa muda yg kaya dgn nutrien minerals merupakn minuman isotonik alami bersft antiviral..buah tamar(tenaga yah toksid)direndam dlm air kelapa muda selama 1-2 jam untuk diminum...

Ini sahaja lah penemuan dlm penyelidikan bagi mengatasi diri korang dari penyakit H1N1...TERSERAH PADA DIRI KORANG NAK AMALKN YG MANA...TEPUK DADA TANYA SELERA...

amalkan makan epal sekurang-kurangnya 6 biji sehari..aku yg masih kurang stok ni cuma amalkan 1 sebiji sehari..daa ada 4 orang dalam umah aku so dah 4 biji sehari..kl mkn 6 biji seorang agaknya..24 biji..alamak kene buka gerai jual buah-buahan laa pas ni...huhuhu.....aku agk laa pasni mesti harga epal melambung tgi..yelah topeng pun daa naik harga yg mmg tak munasabah difikiran aku...huhu...


sampai terkenyit mata Ayie dapt mkn epal ijau tu..kl begini untg laa aku ada stok epal hari-hari...ibu tak aci. sebenarnya 6 biji sehari..huhu...


Sarah dan Danish syok mkn epal...boley ke sarah tu kunyah??nape tak leh nyer sarah daa ada gigi tau...erm..yummy..yummy..


jom solat terawih


Fathilat Solat Terawih

FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama 
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Lafaz Niat Sembahyang Terawih: (Solat Sendiri)



 

~Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini Lilaahi Ta'ala
Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Lafaz Niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)




~sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala

Solat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya Sunat Muakkad, boleh dilakukan sendiri atau berjemaah, Jumlah rakaat Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam . Lebih baik dengan berjemaah .

Pada tiap rakaat surah yang dibaca adalah (selepas Al-Fatihah) menurut yang dikehendaki tapi diutamakan surah Al-Ikhlas

Hukum - Sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut)

Bilangan Rakaat:
- 8 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir
- 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Cara Solat Tarawih:
- Waktunya selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak
- Biasanya selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak
- Ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram
- Ada juga dengan 2 kali 4 rakaat masing² dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN


Assalamualaikum...
Dikesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan salam Ramadhan yg bakal tiba kepada semua teman2 blogger yang setia selama ini.Bulan Ramadhan adalah suatu bulan yang tinggi darjatnya disisi ALLAH dan RASULNYA,dan merupakan penghulu segala bulan.Pada bulan ni juga pintu syurga terbentang luas untuk kita mencari pahala dengan kebaikan yg kita lakukan dan carilah mlm lailatul-qadar disepuluh mlm terakhir....pada kekawn yg mampu jangan lupa bersedekah yer dan jangan membazir (besenya time2 nk buka pose tu,semua nk mkn)....disini aku juga nk minta maaf dengan kekawan semua, manatau selama ni aku ada buat salah n terasa hati kat korang...ongkeh... sebagai menghargai kekawan semua aku nk bagi kad ni tuk korang ..kad sempena ramadhan...kad raya lambat lagi tau...duit raya??meh laa dtg umah aku nnti aku bg duit raya...hehehe(pada ank korang jelah..mak ayah daa expired..hehe..solly,ampun aku hehehe...)pada member blogger yg ada nama kat bwh ni sila amik kad salam ramadhan dari aku sekeluarga kat atas ni...kl ada yg aku lupa letak nama maaf yer..mgkin aku terlupa....huhuhu...tapi amik laa yer juga jgn majuk2...terima kasih kat korang semua kerana sudi jadi member aku ..yelaa aku muda lagi kl berblog ni...berbanding dgn korang yg daa terlebey matang daa..huhu...
~~~FOR MY PRIENDS ~~~~
MAMA SARAH
KAK NITA
AYU SLAMZER
CUTEMIUT
ZAK APEX
RYNA
YATI
KAK TEHA
MAMA HERDA
KAK FIZA
MUMMY ILA
KAK ERYN
KAK AINEY
MAMA DIRA
TINIE
JUE
ALYYANI
SARIMAH
NOORSHA
INA-NABILAH
NEEZA
RYN-ADAM
SHIDAH RAZAK
PIJA
SUHIDA
IBU ARIFA
ARRYANI
NASRIF
CATLINA
NOREEN
MAMA ALYA
DEQ YOROKINO
WARDATUL HAMRA
AYUZACK
KAK IYANA
YATIERABBIT
THANK U ALL..........HOPE BE PRIENDS FOREVER.....
SELAMAT BERPUASA!!!!!

Sunday, August 16, 2009

bila aku nak tito

kebiasaannya lepas mkn aku dimandi oleh immu..(pgglan tuk ibu..aku kans pelat)pastu aku diberi peluang main2 lah kejap..sedang duk leka bermain mesti aku kepenatan and aku mesti nk tito.....so layan je aksi2 terlampau aku ni...hehe....aku malas daa nk cakap sbb aku baru je belajo bercakap...nnti ada je yg tak paham kuor kat mulut aku ni....@#%^$&*()<>>?..haa  kan aku daa kata.......

**********************************************

so layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

ini laa salah satu permainan yg aku suka main kat umah immu...aku carik sendiri biasanya..aku curi kat dapur immu..bukan apa aku kasihankan immu je..kl aku main ni aku leka ckit..jadi aku tak ganggu immu nak buat keje...jadi boley laa immu masak cedap2 aku nk makn nnti...hahaha...immu...immu...utup ni jap....(utup~pgglan untuk tutup..kl suh buka pun sarh ppgl utup)#$%@@&^.,.......???


mari membaca ......amalkan gaya hidup membaca diusia muda....kepada bby yg sama usia ku ini suh ibu korang beli buku cam aku ni....jgn jelous tahun depan aku da bleh baca surat khabar..


boring daa aku baca buku kat lantai..sakit tengkuk aku...haa ni cara terbaru aku membaca buku..AIR....AIR....(SEBUTAN BG A)aku tambat je buku ni kat leher...mama kata bila baca cam gini besor nnti aku jadi pintar(nape asyik mama je yg kene)hahaha....kebiasaan bila immu ngajor aku, mesti perbualan mcm ni...

ibu:sarah...yg ni A

sarah:AIR...nok air.....air

immu:bukan laa..A...(beginilah tak dpt2 sampai sekarang....lastnye aku bior je...)

*******

ibu:B....C...

sarah:b...batu...c... campur....haha..(part ni jgn dipercaya rekaan aku semata2)


hp ni mainan peberet aku..bukan mainan tau tpi hp btul2..tapi display je laa line takde kene potong sebab mama aku tak nk bayar,,mama marah aku selalu borak dgn boyprend aku...tecik2 jgn ingt aku takde boyprend...terer..aku..ni...


nak buat apa pulak yer..aku nk gosok gigi dlu tadi immu lupa gosok gigi aku..nk kene potong ni gaji immu....jangan ditiru teknik mengosok gigi aku yang terbalik ni..hehe..sebenarnya aku dah boring gosok gigi dgn cara yg betul..immu dan mama tengok ni ..nti gosok macam ni laa....


penat lah pulak pas main...baring laa kejap...tatuk mata daa....best lending..cam baring kat pantai rasanya ni...abaikan kaki aku terkangkang sbb aku nk suh angin masuk...


immu!immu!immu!pegi mana immu ni..sarah ennok tito..uting ..cucu...akhirnya .......

aku pergi ambik cendiri laa...kat dlm buai biasa immu letak ni.....


memang best kl saat nak tito ni aku gentel donkey bucuk dlu..ambik semgat nk tito ckit....sesambil isap uting.....


aku dah khayal semacam ni..cam daa dikasi ubat tito jee......cedapnya dapat menghidu bau donkey becuk aku ni...


immu ..immu...sarah dah tatuk ni..ennok tito..huhuhu...daa tak leh tahan ni..cpt bu letak dlm buai...mama..immu dera sarah ni...uwaaaa..........aku tito dalam sujudku....


erm,cedapnya cucu...apa laa immu ni aku minum cucu pun nk ambik gambar..tabiat tul immu ni.....kang aku bg silat kans...sesaje immu ni....


iyahhh.....geliat kejap...kasi badan aku tido dlm poster yang betul dlu..fuh konyang pas minum cucu ni....mmm..yummy......yummy....

**
*
*

Akhirnya dapat jua aku tidur dengan lenanya......SEBAB UTAMA AKU BOLEH TITO NI IMMU NYANYI LAGU LENA DIULIT INTAN...tu pasal aku dpt tito......


CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT