jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Saturday, August 29, 2009

TIP UNTUK WAHAI BAPA N SOMI DIBULAN INI...


Salam ramadhan..kat sini aku nak kongsi sedikit tip tuk tatapan para bapa..korang bagitau kat somi masing2 yer..mana ada kaum bapa kans kat sini yg skodeng blog aku..okey..kat sini aku pamerkan 8 tip lelaki meraikan Ramadan dan pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga sepanjang bulan suci ini.Harap baca yee.....


1) Kaedah pertama ialah menimba ilmu. Sebelum menempuh Ramadan, belajarlah ilmu fiqah. Apabila kita berpuasa dengan ilmu dan falsafah betul, barulah dapat dirasai kelebihan Ramadan. Silapnya, apabila kita jadikan ibadat berpuasa sebagai ‘adat’ dan kerana itulah ia dilakukan atas faktor ikut-ikut saja.

2) Sambutlah Ramadan dengan hati. Anggaplah Ramadan sebagai kursus rohani serta mencapai kemuncak hati apabila melaksanakan ibadat Ramadan.

3) Pupuk dalam fikiran bahawa Ramadan itu akan berjaya jika kita berjaya merebut keberkatan bulan ini. Ini dinyatakan dalam tiga peringkat iaitu hari pertama hingga ke-10 yang memberikan limpahan rahmat; hari ke-11 hingga ke-20 dikurniakan keampunan manakala hari ke 21 hingga hari terakhir terhindar daripada seksaan api neraka.

4) Lelaki sebagai ketua keluarga perlu melaksanakan tanggungjawab mengajak seisi keluarga berpuasa. Bagi anak-anak yang masih kecil, pujuk mereka untuk berpuasa, bukannya memaksa mereka.

5) Lahirkan budaya bersedekah dalam keluarga. Memberi makan dan minum juga adalah cara untuk menyempurnakan nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga.

6) Berbuka bersama-sama - ini dapat menyuburkan kasih sayang antara ahli keluarga. Sebagai bapa, bawa keluarga menunaikan solat tarawih kerana ibadat ini dapat melahirkan jiwa hamba dalam diri kita semua.

7) Sepanjang bulan berkat ini, elak pembaziran terutama ketika membeli juadah berbuka. Seperti yang kita maklum, tidak elok makan berlebihan. Boleh makan dengan banyak, tapi biarlah berperingkat-peringkat.

8) Apabila berbuka puasa, jamah sedikit makanan dan terus menunaikan solat Maghrib. Selepas solat Maghrib, bolehlah menikmati makanan yang agak berat tapi usah terlalu berlebihan hingga menghalang kita melakukan solat Tarawih. Selesai tarawih, bolehlah menikmati makanan seperlunya. Harus diingatkan, makan berlebihan juga boleh memudaratkan.

12 comments:

nita said...

alhamdulillah.. tahun joe mmg dah niat.. terawih takmo tinggal.. tahun2 sebelom ni kekadang bolan pose dia pi outstesen..

bila outstesetn, urrrmm.. mmg payah lerr dia nak solat terawih tu.. pasalnyerr, akak tak membebel.. hehe!

tahun ni nampak gayerr ada peluang terawih penoh.. huhu!

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

good info..

saveme_zero said...

TQ miemiey...good info ni.

Mrs. Simplicity said...

seronok kalau dpt suami sesempurna macam ni. tp ade la yg wan hit beberapa point. masih banyak kurang. takpe, bole diperbaiki. :)

ZaEr.. said...

Ha...tips yang ke 5 dgn 6 tu mmg jarang di buat oleh aku..Sian aku sokmo buke sorg2 dumoh....
Laki aku pulok time aku dah masak bnyk mnda sungguhla mknan dia beli.Yang paling banyak borong air la...

yoro okino said...

tuk anak muda mcm sya
yg cute miut nie mcm mn?
hehehhe

QuEeN Of 2 Heroes said...

saya copy ye...nak email kat hubby...hehehe... :p

Ain said...

bagus anak-anak ibu....kecik lagi dah rajin pose....

cuba bu ajar sarah pose....agak2 tahan ke dia....hahaha...

Kakak said...

Perkongsian ilmu yang baik..
Selamat berpuasa...

Unknown said...

emm... info yg bagus.. TQ. (dah suruh suami baca)

miemiey said...

sis nita~amin...syukur abg joe dpt azam baru tuk tdak tiggal tarawih...mudahan 2 abg joe mendapt fadhilat yg sepatutnya...
ye laa bila outstesen tu jadi letih kan..mood malas tu pun dtg yg tuj pyh nk p solat ..

tinie~tq....

saveme~hope cik hubby laksanakan nye..yee

alyyani~tak pe laa...manusia tak perfect...masih boleh diperbaiki...tahun depan tanam kan azam..mudah2an tuhan kabulkan..

zaer~cian mu..tapi nk buat cam ane...bab memboros tu kl boleh elakkan yer..tapi kl habis mkn takpe laa..jgn diletak dlm tong sampah..hihi...

miemiey said...

yoro~takpe..jadikan panduan dulu..nnti daa kahwin boley kasi abg baca..hihi...

queen of 2 heroes~silakan copy..bagus tu tuk suami baca..mudahan suami dpt jadi panduan di bulan ini..

mama sarah~kekadg budak ni ada juga hari kantoi mama..lebey2 lgi time sarah makan..tercabar iman didada...huk..huk..cam ane nk ajor sarah..pepagi daa mita roti...huk.huk..

kakak dan pija~moga2 jadi panduan cik hubby yee...

CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT