jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Friday, August 21, 2009

jom solat terawih


Fathilat Solat Terawih

FADHILAT SOLAT TARAWIH PADA BULAN RAMADHAN

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama 
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Lafaz Niat Sembahyang Terawih: (Solat Sendiri)



 

~Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini Lilaahi Ta'ala
Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Lafaz Niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)




~sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala

Solat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya Sunat Muakkad, boleh dilakukan sendiri atau berjemaah, Jumlah rakaat Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam . Lebih baik dengan berjemaah .

Pada tiap rakaat surah yang dibaca adalah (selepas Al-Fatihah) menurut yang dikehendaki tapi diutamakan surah Al-Ikhlas

Hukum - Sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut)

Bilangan Rakaat:
- 8 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir
- 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Cara Solat Tarawih:
- Waktunya selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak
- Biasanya selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak
- Ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram
- Ada juga dengan 2 kali 4 rakaat masing² dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

2 comments:

nita said...

alhamdulillah.. malam ni akak bertarawih bersama keluarga yang tersayang..

tapi series, wawa mmg bikin havoc kat surau.. hahaha!

miemiey said...

sis nita~alhamdulillah....miemiey pun satu fmly pegi tarawih.....

CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT